Showing posts with label RENUNG-RENUNGKAN. Show all posts
Showing posts with label RENUNG-RENUNGKAN. Show all posts

Sunday, 29 May 2011

PERNAH KE?

Sedar tak kita?
kita bangun tidur dari katil yang empuk,
tidur yang cukup tanpa ada apa-apa masalah,
tetapi sedarkah kita?
saudara kita yang sedang berada di Gaza dan di Timur Tengah yang sedang diserang oleh orang-orang Yahudi dan sekutu-sekutunya,
adakah mereka dapat tidur dikatil yang empuk?
tidur yang cukup tanpa ada apa-apa masalah?
pernah ke kita terfikir akan mereka?
TIDAK
kita makan makanan yang enak,
lauk-pauk yang sering bertukar,
makan bersama ahli keluarga,saudara-mara dan kawan-kawan sambil bergelak ketawa,
tetapi sedarkah kita?
adakah mereka dapat makanan yang enak?
adakah lauk pauk merka sering bertukar?
adakah mereka makan bersama ahli keluarga,saudara-mara dan kawan-kawan sambil bergelak ketawa?
pernah ke kita terfikir akan mereka?
TIDAK
kita bebas pergi ke sana sini,
kita bebas pergi ke mana-mana sahaja tempat yang ingin kita lawati
kita bebas bergerak tanpa sebarang sekatan,
tetapi sedarkah kita?
adakah mereka bebas pergi ke sana sini?
adakah mereka bebas pergi ke mana-mana sahaja tempat yang mereka ingin lawati?
adakah mereka bebas bergerak tanpa sebarang sekatan?
pernah ke kita terfikir akan mereka?
TIDAK
kita hanya memikirkan tentang diri kita sahaja,
kita tidak pernah menghiraukan mereka,
jikalau pembaca semua tidak percaya,
berapa kali kita pernah mendoakan mereka?
berapa kali kita pernah memberi bantuan kepada mereka?
berapa kali kita ingat mereka lantas mendoakan mereka?
mungkin hanya beberapa kali,
kerana apa?
kerana kita hanya memikirkan tentang diri kita,
hidup kita,aktiviti kita,
tetepi langsung tidak menghiraukan mereka yang sedang merana,terseksa dan sengsara di tanah air sendiri
YA
mungkin ada yang akan memprotes,
tetapi cuba anda fikirkan balik kebenaran entri yang saya tulis ini,
anda pasti akan temui jawapannya,

TEPUK DADA TANYA IMAN!!




Friday, 22 April 2011

ADAM & HAWA


Adam...
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.
Hawa...
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam...
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa...
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam...
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa...
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam...
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa...
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam...
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.
Adam...

Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa...
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa...
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.
Dan
Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.
Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.
Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.
Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.
Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.
Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.
Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.

Saturday, 16 April 2011

SANGGUPKAH KITA?

Assalamualikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca di blog saya ini.

   Pada suatu hari,semasa saya sedang menjalani kelas pengajaran dan pembelajaran di sekolah saya,SMAKJ,seorang lelaki yang sudah agak berusia memimpin tangan seorang lelaki.lelaki tersebut masuk dan kemudian berkata"assalamualikum murud2".Kami semua menjawab salam tersebut dan lelaki tersebut terus berkata sambil menunjukkan sijil"murid2,pak cik datang ni nak minta sikit derma,nak buat pembedahan mata pada abang yang kat situ"samil menunjukkan abang yang berdiri betul2 dihadapan pintu kelas kami.

   Sambung lelaki tersebut"abang ni mempunyai kecatatan mata pada kedua-dua matanya.Sebenarnya abang ni telah menjalani mata sebelah kanan.Tetapi,akibat lambat menjalani pembedahan,mata kanan abang ni sudah buta.Jadi,sekarang ni,abang ni bergantung pada mata sebelah kiri untuk melihat.Tetapi kos pembedahan mata kirinya bernilai RM40000."Alangkah terkejutnya saya apabila mendengar betapa mahalnya kos pembedahan mata abang tersebut."Jadi,pakcik harap adik2 boleh menderma sambil membeli pen yang pakcik bawa.Harganya cuma RM 1.30 saja."sambung lelaki tersebut.

   Alangkah sedihnya saya pada waktu itu kerana saya terlupa untuk membawa duit ke sekolah.Semasa pakcik tersebut menuju ke tempat saya sambil menghulur kan beg derma,saya hanya mampu senyum dan menggeleng.Apabila selesai,lelaki tu terus berkata"terima kasih ya murid2,semoga murid2 berjaya dalam semua peperiksaan".Kemudian,pakcik tersebut mengucapkan terima kasih kepada guru yang berada dikelas saya dan terus beredar.

   Kepada pembaca sekalian,sanggupkah anda jika nikmat melihat ditarik oleh Allah?nikmat yang paling bernilai dan berharga.Jadi,bersyukur lah atas segala nikmat yang telah diberikan oleh-NYA.Jangan lah asyik merungut dan mempersoalkan apa yang telah Allah berikan kepada kita.Kerana Allah tahu mana yang baik dan mana yang buruk untuk diri kita.

Sekian dari saya,

TEPUK DADA TANYA IMAN!!

Thursday, 17 March 2011

NIKMAT WARNA

Assalamualaikum.Entri kali ini saya dapat daripada sahabat saya.ENJOY

Cuba bayangkan dunia tanpa warna, yang ada hanyalah warna hitam dan putih. Bayangkan kepudaran dan kesuraman. bayangkan dunia tanpa keceriaan dan
senyuman.

Apa perasaan kita?

Sanggupkah kita hidup di dunia itu? Berapa lama?

Betapa warna warni itu adalah nikmat anugerah Allah SWT yang cukup bernilai. Namun berapa ramai yang mensyukurinya? Bahkan, kebanyakan kita tidak
pernah mensyukurinya hinggalah nikmat itu ditarik balik oleh Allah SWT.

Inilah hakikat insan "suka menghitung nikmat yang telah hilang". Jika kita ingin mengetahui tentang nikmat warna ini, tanyalah pada orang buta.
Tentu ia akan menjawab dengan linangan air matanya. Betapa ingin dia
melihat warna, betapa setiap hari ia hanya melihat warna hitam yang
tidak bercahaya.

Tidakkah kita melihat betapa warna-warna alam ini menggambarkan halus dan Maha Sempurnanya ciptaan Allah SWT. Betapa warna alam ini menjadi bukti
kebesaran dan keagungan Allah SWT.

Ada juga manusia yang terhenti jiwanya setakat mengkagumi keindahan alam namun tidak merasa ta'jub dengan Penciptanya.Betapa alam ini adalah
lukisan kebesaran dan keagungan Allah SWT maka rugilah jiwa-jiwa yang
sekadar mengkagumi lukisan tetapi tidak Pelukisnya. 

Lihatlah pergantian siang dan malam, bayangkan jika kita melihatnya untuk kali yang pertama dalam hidup kita. Tidakkah kita menemui kehalusan,
kesempurnaan, kehebatan dan keagungan. Bukankah Allah SWT tidak jadikan
semua ini sia-sia. Bahkan mukmin yang melihat keindahan ini akan
menghubungkan terus kejadian ini dengan hari kepulangannya kepada Allah
SWT. Betapa segala keindahan ini akan sirna, betapa semua ini hanyalah
sementara dan betapa semua kita akan kembali kepadanya sehingga akhirnya
ia terus tersungkur sujud sambi berdoa "Ya Allah, selamatkanlah diriku
dari Api Neraka"

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang
yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan
berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi
(seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan
sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa
neraka." (Ali Imran/3:190-191)


TEPUK DADA TANYA IMAN!

Wednesday, 16 March 2011

CERITA IKTIBAR

    Assalamualikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog saya ini.Kali ini saya ingin berkongsi cerita denga anda semua semasa saya dan saudara saya pergi ke Batu Pahat Mall.Semoga semua pembaca dapat mengambil iktibar daripada cerita ini.

    Saya dan saudara saya bertolak pada jam 10.30 pagi dengan menaiki bas.Ketika didalam bas,saya melihat pelbagai ragam penumpang bas tersebut.Ada yang mencarut sana sini,berbual benda-benda yang tidak berfaedah dan macam-macam lagi.

   Semasa bas yang saya naiki berhenti di sebuah perhentian bas,saya ternampak seorang pak cik yang sudah tua serta bertongkat.Pak cik tersebut memakai jubah berwarna putih.Saya merenung pak cik itu agak lama semasa dia hendak membayar tambang bas.Apabila diperhati dengan betul-betul,saya membuat andaian yang pak cik itu bukan berasal daripada Malaysia.Saudara saya menyangka bahawa pak cik tersebut merupakan seorang tabligh "Mat Salleh".

   Selepas pak cik itu selesai membayar tambang bas,dengan perlahan-lahan pak cik tersebut mencari tempat untuk duduk.Pak cik itu duduk di sebelah seorang budak(lingkungan 16-18 tahun).Budak itu tidak bertolak ansur dengan memberikan pak cik tersebut duduk di tempatnya.

  Selepas pak cik tersebut duduk di bahagian sebelah tingkap,budak itu dengan kurang ajar nya mengangkat kakinya dan diletakkan di palang besi di depannya.Pak cik itu hanya berdiam diri tanpa bersuara.Selepas itu,budak tersebut membuka lagu ber genre "rock" dengan sungguh kuat seperti pak cik tersebut tidak berada di sebelahnya.

   Saya ingin menegurnya tapi apakan daya IMAN saya masih belum kuat untuk menegur budak itu.Saya hanya melihat dan terus melihat budak tersebut tanpa berkata apa-apa.Sesampainya di Batu Pahat Mall,ramai penumpang yang berpusu pusu keluar daripada bas.Semasa saya melangkah keluar daripada bas,pak cik tersebut menarik saya dengan berkata'adakah ini Batu Pahat?'.Saya terus membalasnya dengan berkata'haah pak cik'.Pak cik itu terus melepaskan tangan saya dan terus bangun daripada tempat duduknya dan turun daripada bas.

Sekian daripada saya.Semoga pembaca sekalian mendapat iktibar daripada kisah diatas.
TEPUK DADA TANYA IMAN!!

Monday, 14 March 2011

TEMUDUGA




Terbuka kepada semua.
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
Di dalam kubur (alam barzakh).
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau
seksi. Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal (Fotostat tidak diterima).
Mungkar dan Nakir.
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
Anda hanya perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda.Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.
Hadis Hassan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasullah SAW:
“Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya.
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: dibahagianku tidak ada jalan masuk.
Maka malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu.
Kepadanya (mayat) diperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini.
Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata’ala.
Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat Insya’Allah.
Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya.
Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya.”
Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki)!
dipetik daripada http://sibintang.com
TEPUK DADA TANYA IMAN!

PENGORBANAN SEORANG IBU



Masa usia setahun , ibu suapkan makanan dan memandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah
dengan menangis sepanjang malam. Saat usia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan
lari sambil tertawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil. Ketika usia 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh
kasih sayang.Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan.


Masuk usia 4-5 tahun, ibu belikan pensil warna dan pakaian. Kita

ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding dan bergolek atas lantai

kotor. Saat usia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke Tadika.Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit," Tak mahu!
Tak mahu !". Ketika usia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan memecahkan cermin rumah
jiran. Setelah usia 8-9 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan ponteng sekolah.

Di usia 10-11 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk dengan kita,

kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dan asyik bermain

dengan kawan.





Setelah usia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan

perkawinan kita, ibu menangis dan memberitahu bahawa dia sangat

sayangkan kita, tanda kita ucapkan terima kasih dengan pindah jauh

darinya. Ketika usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat mengenai penjagaan

bayi, kita dengan megah berkata,... " itu dulu , sekarang zaman moden

". Ketika usia meningkat 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan tentang

kenduri di kampung, kita berkata, " kami sibuk...tak ada masa nak

datang ". Menjelang usia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya.

Kita bercerita tentang kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi

beban bagi anak-anak. Dan kemudian suatu hari...kita mendapat berita ibu meninggal, khabar

itu mengejutkan.... dalam linangan air mata, segala perbuatan terhadap

ibu muncul dalam ingatan satu persatu..




Saat di taman kanak-kanak, ibu menghantar hingga masuk ke dalam

kelas,ibu perlu menunggu di sebelah sana. Aku tak peduli sebanyak

manapun pekerjaannya di rumah, aku tak perduli hujan, panas atau rasa

bosannya ketika menunggu. Aku senang ibu menungguku sampai lonceng

berbunyi. Setelah

besar, aku sering meninggalkannya bermain dengan teman-teman dan

berseronok.Tak pernah aku menemani ibu ketika sakit, ketika ibu

memerlukan pertolongan aku tak pernah ada. Masuk alam remaja, aku sering merasa malu berjalan bersama ibu.
Pakaian

dan dandannyaku anggap kuno dan tak serasi dengan penampilanku. Bahkan

sering kali aku sengaja mendahuluinya berjalan satu dua meter di

depannya agar orang tak menyangka aku bersamanya... malu!..


Padahal ibu yang menjagaku sejak kecil, tak pernah memikirkan

penampilannya, tak pernah membeli pakaian baru , apalagi perhiasan baru

untuknya tapi ibu gunakan untuk membelikanku pakaian yang bagus-bagus

agar aku kelihatan cantik. Ibu mengangkat tubuhku ketika aku jatuh,

membasuh luka di kaki dan mendekapku erat-erat saat aku menangis.




Mulai masuk di Intitut pengajiaan tinggi, aku makin jauh dengannya. Aku

pintar dan cerdas sering kali menganggap ibu orang bodoh dan tak

mengerti apa-apa. Ibu yang ku anggap bodoh, tak berwawasan , tak mengerti apa-apa, dan

bukan orang berpendidikan, doa di setiap sujudnya, pengorbanan dan

cintanya tak pernah terhenti sedetikpun untuk anak-anaknya.


Semua kenangan itu muncul satu persatu di fikiranku. Dalam linangan air

mata yang sudah terlambat, terus mengalir kedukaan dan penyesalan.

RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI INSAN YANG BERGELAR ANAK
Tepuk dada tanya IMAN!
di petik daripada http://pmi.eng.usm.my

PELIKNYA SAUDARAKU

Entri ini saya dapat daripada adik saudara saya.ENJOY:

Bola punya hal,3 pagi boleh bersengkang mata............
Bola punya hal,ringan aje tubuh untuk bangon diwaktu ayam tak bangon lagi........Tapi,,,,pukul 3 pagi akan jadik berat untuk bangon jika dsuruh menunaikan solat tahajjud dua rakaa diwaktu sahur cukup menyeksa baginya.....



Peliknya saudaraku,,
menangis teresak-esak sebab penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi Fantasia air mata sungguh murah pabila artis pujaan turut menangis namun,berapa sangat saudaraku yang sudi melinangkan air matanya sebagai taubat kepade yang Maha Esa??????berapa sangat saudaraku yang menangisi kerana kematian seseorang ulama dan solehin?????


peliknya saudaraku,
sms berpuluh ringgit dengan senang hati dihantar,janji penyanyi pujaan terpilih......jari-jemari begitu ringan untuk menaip nama penyanyi pilihan dan nombor undian.....tapi,jari-jemari begitu berat untuk mengambil seringgit untuk dimasokkan kedalam tabong masjid tangan begitu kaku untuk menghulurkan seringgit dua ke jalan allah.....




peliknya saudaraku,
gembira dia sbb anak pandai menyanyi dan pandai main piano sedih sekali dia pabila anaknya tak dapat masok Akademi Fantasia....Malaysian Idol,namun ,tak ramai saudaraku yang sedih jika zuriatnya buta Al-Quran tak ramai saudaraku yang resah jika anaknya tidak tahu sujud kepada yang Maha Esa.....

Peliknya saudaraku, 
sanggup bersesak-sesak,berhimpit-himpit dipadang konsert hiburan...
sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan.....sedihnya,,,,,program allah 5 kali sehari di masjid tidak dapat sambutan meriah daripada saudaraku mereka tidak sanggup untuk berdiri di dalam saf walaupon 5 minit sehari.....

Peliknya saudaraku,
setiap tahon adanya pertandingan tilawah Al-Quran.....tak cukop peringkat kebangssan,,,,
dibuat diperingkat antarabangsa,tapi,,,,,dengan Al-Quran masih lagi bersikap ikot selera mana rasa elok untuk nafsu baca aje laa....


Peliknya saudaraku,
setiap tahon mereka sanggup menjadi penunggu setia kepada jam 12 malam....
pada hari merdeka,pada hari tahon beru jam 12 mereka akan bersorak beramai-ramai....tak kira jantan betina detik saat jam 12,saat yang ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata,melihat jam besar,,,,,
sedihnya,,,,,,
tak ramai yang mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid atau disurau......


Peliknya saudaraku,
setiap kali aku manulis fakta yang benar dan kenyataan tentang bangsaku,kaumku dan umatku.......pasti ada suara2 sumbang dan lantang yang cuba mempertikaikannya umpama manegakkan benang yang basah...tak salah rasanya klau kita sedar dan menyedarkan......