Saturday 27 August 2011

HARI RAYA YANG BERMAKNA

     Assalamualaikum dan selamat berpuasa kepada semua pembaca di blog saya ini.Memandangkan bulan Ramadan yang mulia ini akan berakhir 2 hari saja lagi,saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua dan sahabat-sahabat saya.Nikmatilah hari raya ini dengan berpada-pada dan jangan berlebih-lebihan semasa menyambut hari yang mulia ini.

     Seperti yang kita semua tahu,ramai di antara kita semasa malam hari raya menghabiskan masa dengan bermain mercun dan melepak bersama kawan-kawan.Alangkah baiknya kita ubah realiti hari ini dengan perkara yang berfaedah dilakukan pada malam hari raya yakni dengan bertakbir di rumah mahupun di masjid.seperti yang telah disebut oleh Rasulullah :Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Hiasilah hari-hari raya kamu dengan bertakbir.”


     Di samping itu juga,malam hari raya juga perlu diisi oleh pelbagai amal ibadah seperti solat sunat tahajjud,bertadarus dan berzikir.Rasulullah juga bersabda:


     Daripada Abi Umamah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW bersabda: “ Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari qiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur engkar) pada hari itu.”
 
   Insyaallah,kalau bukan kita,siapa lagi yang ingin mengubah realiti hidup zaman sekarang dengan melakukan perkara-perkara berfaedah di malam hari raya.Dengan ini semoga kita dapat ringan-ringankan kaki tangan dan mulut melakukan pelbagai amal ibadah semasa menjelangnya hari raya.Rasulullah juga ada mengatakan bahawa hari raya adalah hari untuk bergembira tetapi janganlah sampai kita melanggar hukum-hukum syarak. MINAL AIDIL WAL FAIZIN.

Friday 26 August 2011

Palestin : Perjuangan mereka perjuangan kita

 Acap kali isu yang sering kali diputarkan oleh stesen-stesen media massa di Malaysia berkenaan dengan penindasan Rejim Zionis terhadap penduduk Palestin yang kita cintai . Mereka perlakukan pelbagai perbuatan kejam kepada mereka , menyiksa , menindas serta merampas harta-harta kepunyaan mereka . Mereka membunuh seorang demi seorang rakyat Palestin tanpa ada sekelumat dan tercalit rasa perikemanusian dalam diri mereka . ALLAH Ya Rabbi ! Kau selamatkan mereka . 

     Pada minggu lepas,sekolah saya telah didatangi oleh sebuah persatuan NGO yakni Haluan Palastin.NGO yang sering kali membantu sahabat-sahabat dan saudara kita di palestin.Mereka juga telah membawa dua orang tetamu yakni saudara Hilal Asyraf dan juga seorang penduduk Palestin yang belajar di Universiti Balqa di Jordan.Nama beliau ialah Syeikh Abdullah Mohamed Yousef al-hafiz.Beliau telah dijemput khas dari Jordan untuk memberi ceramah tentang Palestin.Insyaallah saya akan menceritakan kembali apa yang beliau telah sampaikan.

     Beliau memulakan ceramah beliau tentang Palestin dengan berkata"orang-orang yahudi tak pernah serik untuk hancurkan Palestin.Mereka langsung tiada hormat terhadap penduduk di palestin sama ada lelaki,perempuan,orang tua dan kanak-kanak.Mereka serang orang-orang palestin tidak kira masa.Orang-orang palestin di sana memang sangat terseksa.Mereka menyerang mereka semua kerana mereka mahu hapuskan 100% orang Islam di Palestin".Masyaallah, sungguh kejam rejim zionis terhadap penduduk-penduduk di Palestin.




     Kemudian beliau meneruskan kata-katanya sambil tersenyum dan berkata"adik-adik tahu tak siapa orang pertama yang bangkit untuk berjuang mempertahankan Palestin?"ramai sahabat-sahabat saya menggeleng.Saya juga turut ikut menggeleng.Beliau menyambung"orang pertama yang bangkit untuk berjuang mempertahankan Palestin ialah kanak-kanak kecil.Mereka mempunyai semangat yang kental dan berani seperti sahabat Rasulullah,Usamah bin Zaid." sambil tersenyum beliau berkata"Ramai orang-orang dewasa disana merasakan perkara yang mereka lakukan itu tiada faedahnya kerana mereka berjuang dengan membaling batu ke kereta kebal milik yahudi.Adik-adik tahu apa tak jawapan kanak-kanak kecil disana?Mereka berkata mereka tidak kisah kerana mereka sudah puas dan dengan cara itu sahaja mereka dapat membangkitkan semangat penduduk Palestin."Terharu saya apabila mendengar kata-kata beliau.Sungguhpun kanak-kanak di palestin umurnya baru setahun jagung,tetapi mereka sudah berani berjuang untuk negara yang mereka cintai.

Hebatnya Mereka !

     Kemudian beliau menceritakan perihal kepentingan-kepentingan Palestin.Beliau ada menyebutkan beberapa kepentingan palestin dan kita wajib melindunginya.Kepentingan yang pertama adalah palestin tanah yang Allah berkati.Yang kedua palestin tempat umat islam(hak milik umat islam) dan yang terakhir ialah Palestin merupakan kiblat yang pertama sebelum kaabah.

     kemudian beliau menceritakan bahawa rejim zionis di palestin telah membina tembok yang sangat tinggi dan sangat luas di keliling masjid al aqsa untuk menghalang daripada dimasuki oleh penduduk palestin.Hanya penduduk palestin yang berumur 50 tahun keatas sahaja dibenarkan masuk untuk menunaikan solat.Beliau juga menyatakan bahawa ramai penduduk palestin berjuang tanpa senjata menentang mereka.




Subhaallah ! kekentalan,keberanian dan ketabahan penduduk palestin memang tidak dapat kita tandingi.



     Beliau juga menyatakan bahawa tidak semestinya penduduk palestin sendiri yang dapat membebaskan palestin tetapi semua umat Islam boleh melakukannya.


Jadi adakah kita masih mahu berdiam diri ? 
Apakah kita masih mahu membutakan mata , memekakkan telinga dan tidak melakukan apa-apa ? 

Mereka terseksa dan kita WAJIB membantu mereka . 

Dengan ini, saya berharap agar kita dapat merasai,meyelami dan menghayati keperitan dan kesengsaraan rakyat palestin dan RINGAN-RINGANKAN TANGAN HULURKAN BANTUAN.

TEPUK DADA TANYA IMAN !