Monday 7 November 2011

Solat Sunat Tahajud

Assalamualaikum warahmatuallah :D


 Pada entri kali ini,saya ingin berkongsi dengan anda tentang kelebihan dan kenapa kita perlu menunaikan solat sunat tahajud.





Apa itu solat sunat tahajud ?


Solat sunat tahajud adalah solat sunat yang dilakukan hanya pada waktu malam setelah tertidur walau dalam jangka masa yang pendek dan paling afdal dilakukan pada 2/3 malam.


Allah S.W.T berfirman : “Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.’ (Surah Al-Israk: Ayat 79)


Kenapa Allah S.W.T mengangkat kita pada kedudukan yang terpuji jika kita melakukan solat sunat tahajud ?


Kerana menunaikan solat tahajud memang menguji tahap keimanan kita.Solat yang dilakukan pada waktu 2/3 malam,adakah solat ang mudah dilakukan ? sememangnya susah termasuk diri saya sekali.Itu sebab nya Allah S.W.T menjanjikan kedudukan yang terpuji kepada sesiapa yang mendirikan solat sunat tahajud ini.


Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi mereka yang biasa, ia menjadi suatu kenikmatan pula.

Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan sembahyang Tahajud.

Di waktu inilah - iaitu sepertiga malam, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis Riwayat: Abu Daud)

Sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah bukan sesuatu yang mudah. Allah mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan yang dilarang.

Sembahyang Tahajud satu suruhan Allah dan oleh itu Allah menyayangi mereka yang mengerjakan sembahyang ini.

Bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun melakukan Tahajud di tengah malam.

Sebaliknya, orang yang lemah imannya akan berasa berat untuk menolak selimutnya walaupun berat selimutnya tidak sampai setengah kilogram.

Sembahyang Tahajud sesungguhnya satu daripada sembahyang sunat yang mempunyai nilai dan kedudukan tinggi berbanding sembahyang sunat lain.

Sembahyang Tahajud adalah amalan orang soleh yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah.

Amalan sembahyang Tahajud bukan hanya diamalkan umat Nabi Muhammad malah umat nabi sebelumnya.

Ini bererti perintah Tahajud bukan dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad sahaja.

Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:



a. Jauh daripada segala penyakit

b. Lahir kesan takwa pada wajahnya

c. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia

d. Percakapannya mengandungi hikmat

e. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).

Sementara empat perkara di akhirat ialah:

a. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri

b. Dipermudahkan hisab

c. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat

d. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.



InsyaALLAH kita sebagai hambaNya dan umat Rasulullah berusaha sedaya upaya untuk menunaikan solat sunat tahajud.


TEPUK DADA TANYA IMAN !





Saturday 5 November 2011

RAYA AIDILADHA

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di Malaysia mahupun di mana-mana sahaja terutamanya kepada mereka-mereka yang membaca blog saya ini.Pada entri kali ini saya ingin berkongsi tentang amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasullulah pada Hari Raya Aidiladha.


1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat raya.

Sebagaimana salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w, iatu ‘Ali bin Abi Thalib, ketika ditanya tentang bilakah mandi yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. Beliau menjawab: “(Mandi yang disunnahkan) pada hari Jumaat, hari ‘Arafah, hari raya Iedul Fithri, dan Iedul Adha.” (Lihat Al Wajiz, hal 47).

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".



2) Memakai pakaian terbaik dan tercantik.

Imam Ibnul Qoyyim berkata dalam Zaadul Ma’ad, “Nabi memakai pakaian terbagusnya untuk solat hari raya. Beliau mempunyai pakaian khusus untuk shalat ied (hari raya) dan solat Jumaat…”



Senang saya ingatkan pakaian yang terbagus tidak semestinya membeli pakaina-2 baru yang mahal dan berjenama.Pakai lah pakaian yang sederhana tetapi tetap mengekalkan kebagusan pakaian tersebut.

3) Menjamah makanan sehingga pulang. 

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya iedul fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..." 

Dari Buraidah berkata: “Nabi tidak keluar pada Iedul Fthri sehingga makan terlebih dahulu. Adapun pada iedul Adha, maka beliau tidak makan sehingga pulang dan makan dari daging korban sembelihannya.” (Hasan, Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, Ad-Darimi dan Ahmad)

4) Berjalan Kaki 

Dari ‘Ali berkata: “Termasuk sunnah iaitu engkau keluar solat hari raya dengan berjalan kaki.” (Hasan. Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan dihasankan Syaikh Al Albani dalam Shahih Tirmidzi)

5) Menempuh Jalan Yang Berbeza ketika pergi dan balik solat.

Dari Jabir bin Abdillah berkata: “Rasulullah s.a.w apabila (berangkat dan pulang) pada hari raya mengambil jalan yang berbeza.” (HR. Bukhari 986)


6) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain
 

Semoga raya kita pada kali ini lebih bermakna :D

TEPUK DADA TANYA IMAN !

Wednesday 12 October 2011

Bercinta Seawal Usia Remaja : Keperluan ataupun keseronokan ?

Cinta . Apakah itu cinta ? 

Cinta merupakan Fitrah anugerah Ilahi yang dikurniakan oleh seluruh makhluknya . Seluruh makhluk merasai apakah itu cinta . Cinta sukar untuk digambarkan . Cinta teramat indah . Manis . Bahagia . Dan semestinya cinta yang paling berharga adalah cinta kita kepada sang Pencipta , ALLAH S.W.T . ALLAH juga amat mencintai kita . Sedarkah kita ? 




Saat kita leka dalam kelalaian , ALLAH tidak pernah berpaling daripada kita . ALLAH sentiasa bersama kita , mendengar rintingan serta rayuan kita . CintaNya kepada kita tiada terbalas dan tidak akan boleh dibalas . Indah bukan ? CintaNya tidak pernah sama seperti cintanya kita sesama makhluk . 

Baiklah . Pada ruangan kali ini , saya ingin membuka minda pembaca sekalian tentang "Bercinta" ataupun lebih mudah dikenali sebagai "couple" oleh golongan muda . Saya pasti , hampir kesemua remaja terutamanya di negara ini tahu apakah itu ber"couple" . Mengikut pengamatan saya , aktiviti seolah-olah telah menjadi "trend" dan kemestian . Rentetan daripada ini , ramai remaja sudah terjebak dengan aktiviti ini .  Adakah aktiviti ini suatu keperluan/kemestian ataupun hanya untuk keseronokan semata ? 

Bagi saya , bercinta seawal usia remaja hanyalah untuk "berseronok" dan tiada matlamat yang jelas pada masa akan datang . Aktiviti ini jelas tidak berfaedah dan saya akan menjelaskan mengapa saya berkata demikian . 


1.DILARANG OLEH ALLAH

Seperti kebiasaannya , pasangan yang sedang galak bercinta sudah semestinya akan saling berbalas mesej , ber"dating" atau bermesra-mesraan tanpa tercalit sedikitpun rasa malu . Perkara-perkara yang berbaur cinta dan menjurus kepada kemaksiatan dan zina ini telah dilarang keras oleh ALLAH S.W.T.

Saya ingin bertanya kepada pembaca sekalian , adakah kalian semua suka ditimpa bencana dan masalah ? Akan tetapi kenapa mencari masalah ?

Jika benar cinta kepadanya , tidak usah berhabis masa melakukan perkara-perkara tersebut yang jelas haram dan menjijikkan disisi ALLAH S.W.T .


zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32) 

   Larangan zina yang digunakan di dalam al-Quran ini iaitu ''Janganlah kamu mendekati zina, bukan ''Janganlah melakukan zina'' mempunyai makna yang sangat mendalam iaitu bukan hanya perzinaan sahaja dilarang, tetapi segala-gala yang menjadi pintu ke arah itu adalah dilarang sama sekali seperti memandang aurat wanita, mendengar perkara yang boleh menaikkan nafsu seperti kelunakan suara (rayuan atau pujukan), bergaul bebas antara lelaki dan wanita, berdua-duaan dengan orang yang bukan muhrim dan sebagainya.-Petikan daripada Islam.com-


Saya ingin memetik kata-kata Ustazah Fatima Syarha : Sewaktu kita dalam perjalanan , adakah kita ingin ditimpa kemalangan ? sudah tentu tidak tetapi adakah kita hanya berdiam tanpa melakukan sebarang usaha ? Sama juga pendekatan ini dengan bercinta . Adakah dengan mudah kita menyerahkan cinta kita padahal kita belum bersedia ? Persiapkan dirimu terlebih dahulu daripada setiap sudut , baru cinta yang sebenar akan muncul .

Cinta membawa kepada kebahagian . Tetapi bercinta sebelum bernikah bukan jalan kepada kepada kebahagian tetapi jauh terpelosok ke jurang kebinasaan . Dibenci oleh ALLAH di dunia dan akhirat kelak . Nauzubillah .

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:” Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat mengganggu ahli neraka kerana sangat busuknya. ” 

   Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak minum arak, tidak akan minum arak tersebut semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak mencuri, tidak kan melakukan perbuatan itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak melakukan rompakan yang lazimnya menjadikan orang yang merompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan merompak semasa ia berkeadaan sempurna imannya.”

Jadi , terang dan tidak perlu lagi hendak disuluh , tiada gunanya bercinta sewaktu kita masih setahun jagung . Padahnya banyak , manfaatnya tiada . Sedikit pun tiada . ALLAH Murka . 



2.MENGANGGU PEMBELAJARAN




Remaja yang bercinta atau dikenali sebagai ber"couple" akan banyak menghabiskan masa bersama "pasangan"nya.Remaja akan leka dan sekaligus mereka akan mengabaikan pelajaran mereka.Mereka sanggup tidak tidur malam semata-mata mahu menghubungi "pasangan" mereka daripada belajar.Mereka sanggup menghabiskan duit untuk membelikan hadiah untuk "pasangan" mereka daripada membeli buku-buku latihan.Mereka sanggup melakukan bermacam-macam perkara bersama atau untuk "pasangan" mereka daripada menelaah pelajaran.Sedangkan menuntut ilmu adalah suatu perkara yang wajib dan teramat penting daripada ber"couple".


   Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”

Adakah semata-mata ingin mengikut nafsu yang berleluasa di dalam diri , kita sanggup mengabaikan pelajaran kita ? masa hadapan kita ? 

Benar , ada sesetengah "pasangan" menafikan bahawa dengan ber"couple" pelajaran mereka akan merosot . Akan tetapi , adakah berkatnya pelajaran dan ilmu yang dimilikinya ? Redha kah ALLAH terhadap tindak tanduknya ? 

Berhenti sejenak dan berfikir lah . 
 

3.MEMBUANG MASA



Masa . Seperti yang selalu diberitahu oleh kita sama ada daripada media massa mahupun datang daripada ibu bapa , kawan-kawan serta saudara-mara kita "Masa itu emas" "Masa ibarat pedang tajam yang menghunus menanti mangsanya" "Masa tidak akan kembali" dan sebagainya . Tetapi , apakah kita sedar bahawa salah satu keburukan remaja melakukan aktiviti ber"couple" ini adalah dengan terbuangnya masa mereka .

Bercouple juga akan menyebabkan masa remaja terbuang begitu sahaja.Asyik dan leka bersama "pasangan"nya sampai terlupa akan perkara-perkara yang lebih penting.Lebih teruk lagi ada dikalangan remaja yang bercouple meninggalkan perkara-perkara yang wajib seperti solat semata-mata mahu menghubungi mahupun bersiar-siar bersama "pasangan" mereka.Seeloknya masa yang ada itu digunakan sebaiknya dan untuk perkara-perkara yang berfaedah.

FOR SOMETHING
THAT ALLAH
HATES ?




Sepatutnya , masa yang telah diperuntukkan oleh ALLAH kepada kita digunakan sebaik mungkin . Beribadah . Beriadah . Belajar . Bukannya hanya bermain madah-madah cinta bersama pasangan HARAM , mengungkapkan perbuatan-perbuatan yang terkutuk lagikan hina . Semoga ALLAH menjauhkan kita daripada tergolong dalam golongan-golongan ini .




TEPUK DADA TANYA IMAN !!

 

Friday 23 September 2011

Fikir-fikirkan :D

Kalau kita sayang Allah
Kenapa kita tinggalkan suruhannya?

kalau kita cinta Rasulullah
Kenapa kita tinggalkan sunahnya?

Kalau kita sayang Islam 
Kenapa kita biarkan Islam dihina?

Kalau kita cinta ibu bapa
Kenapa kita lawan mereka?

Kalau kita sayang rakan-rakan
Kenapa kita khianati mereka?

Kalau kita cinta perdamaian
Kenapa kita masih bermusuh-musuhan?

Kalau kita sayang keamanan
Kenapa kita masih melakukan kezaliman?

Fikir-fikirkan lah :D

TEPUK DADA TANYA IMAN !

Saturday 27 August 2011

HARI RAYA YANG BERMAKNA

     Assalamualaikum dan selamat berpuasa kepada semua pembaca di blog saya ini.Memandangkan bulan Ramadan yang mulia ini akan berakhir 2 hari saja lagi,saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua dan sahabat-sahabat saya.Nikmatilah hari raya ini dengan berpada-pada dan jangan berlebih-lebihan semasa menyambut hari yang mulia ini.

     Seperti yang kita semua tahu,ramai di antara kita semasa malam hari raya menghabiskan masa dengan bermain mercun dan melepak bersama kawan-kawan.Alangkah baiknya kita ubah realiti hari ini dengan perkara yang berfaedah dilakukan pada malam hari raya yakni dengan bertakbir di rumah mahupun di masjid.seperti yang telah disebut oleh Rasulullah :Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Hiasilah hari-hari raya kamu dengan bertakbir.”


     Di samping itu juga,malam hari raya juga perlu diisi oleh pelbagai amal ibadah seperti solat sunat tahajjud,bertadarus dan berzikir.Rasulullah juga bersabda:


     Daripada Abi Umamah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW bersabda: “ Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari qiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur engkar) pada hari itu.”
 
   Insyaallah,kalau bukan kita,siapa lagi yang ingin mengubah realiti hidup zaman sekarang dengan melakukan perkara-perkara berfaedah di malam hari raya.Dengan ini semoga kita dapat ringan-ringankan kaki tangan dan mulut melakukan pelbagai amal ibadah semasa menjelangnya hari raya.Rasulullah juga ada mengatakan bahawa hari raya adalah hari untuk bergembira tetapi janganlah sampai kita melanggar hukum-hukum syarak. MINAL AIDIL WAL FAIZIN.

Friday 26 August 2011

Palestin : Perjuangan mereka perjuangan kita

 Acap kali isu yang sering kali diputarkan oleh stesen-stesen media massa di Malaysia berkenaan dengan penindasan Rejim Zionis terhadap penduduk Palestin yang kita cintai . Mereka perlakukan pelbagai perbuatan kejam kepada mereka , menyiksa , menindas serta merampas harta-harta kepunyaan mereka . Mereka membunuh seorang demi seorang rakyat Palestin tanpa ada sekelumat dan tercalit rasa perikemanusian dalam diri mereka . ALLAH Ya Rabbi ! Kau selamatkan mereka . 

     Pada minggu lepas,sekolah saya telah didatangi oleh sebuah persatuan NGO yakni Haluan Palastin.NGO yang sering kali membantu sahabat-sahabat dan saudara kita di palestin.Mereka juga telah membawa dua orang tetamu yakni saudara Hilal Asyraf dan juga seorang penduduk Palestin yang belajar di Universiti Balqa di Jordan.Nama beliau ialah Syeikh Abdullah Mohamed Yousef al-hafiz.Beliau telah dijemput khas dari Jordan untuk memberi ceramah tentang Palestin.Insyaallah saya akan menceritakan kembali apa yang beliau telah sampaikan.

     Beliau memulakan ceramah beliau tentang Palestin dengan berkata"orang-orang yahudi tak pernah serik untuk hancurkan Palestin.Mereka langsung tiada hormat terhadap penduduk di palestin sama ada lelaki,perempuan,orang tua dan kanak-kanak.Mereka serang orang-orang palestin tidak kira masa.Orang-orang palestin di sana memang sangat terseksa.Mereka menyerang mereka semua kerana mereka mahu hapuskan 100% orang Islam di Palestin".Masyaallah, sungguh kejam rejim zionis terhadap penduduk-penduduk di Palestin.




     Kemudian beliau meneruskan kata-katanya sambil tersenyum dan berkata"adik-adik tahu tak siapa orang pertama yang bangkit untuk berjuang mempertahankan Palestin?"ramai sahabat-sahabat saya menggeleng.Saya juga turut ikut menggeleng.Beliau menyambung"orang pertama yang bangkit untuk berjuang mempertahankan Palestin ialah kanak-kanak kecil.Mereka mempunyai semangat yang kental dan berani seperti sahabat Rasulullah,Usamah bin Zaid." sambil tersenyum beliau berkata"Ramai orang-orang dewasa disana merasakan perkara yang mereka lakukan itu tiada faedahnya kerana mereka berjuang dengan membaling batu ke kereta kebal milik yahudi.Adik-adik tahu apa tak jawapan kanak-kanak kecil disana?Mereka berkata mereka tidak kisah kerana mereka sudah puas dan dengan cara itu sahaja mereka dapat membangkitkan semangat penduduk Palestin."Terharu saya apabila mendengar kata-kata beliau.Sungguhpun kanak-kanak di palestin umurnya baru setahun jagung,tetapi mereka sudah berani berjuang untuk negara yang mereka cintai.

Hebatnya Mereka !

     Kemudian beliau menceritakan perihal kepentingan-kepentingan Palestin.Beliau ada menyebutkan beberapa kepentingan palestin dan kita wajib melindunginya.Kepentingan yang pertama adalah palestin tanah yang Allah berkati.Yang kedua palestin tempat umat islam(hak milik umat islam) dan yang terakhir ialah Palestin merupakan kiblat yang pertama sebelum kaabah.

     kemudian beliau menceritakan bahawa rejim zionis di palestin telah membina tembok yang sangat tinggi dan sangat luas di keliling masjid al aqsa untuk menghalang daripada dimasuki oleh penduduk palestin.Hanya penduduk palestin yang berumur 50 tahun keatas sahaja dibenarkan masuk untuk menunaikan solat.Beliau juga menyatakan bahawa ramai penduduk palestin berjuang tanpa senjata menentang mereka.




Subhaallah ! kekentalan,keberanian dan ketabahan penduduk palestin memang tidak dapat kita tandingi.



     Beliau juga menyatakan bahawa tidak semestinya penduduk palestin sendiri yang dapat membebaskan palestin tetapi semua umat Islam boleh melakukannya.


Jadi adakah kita masih mahu berdiam diri ? 
Apakah kita masih mahu membutakan mata , memekakkan telinga dan tidak melakukan apa-apa ? 

Mereka terseksa dan kita WAJIB membantu mereka . 

Dengan ini, saya berharap agar kita dapat merasai,meyelami dan menghayati keperitan dan kesengsaraan rakyat palestin dan RINGAN-RINGANKAN TANGAN HULURKAN BANTUAN.

TEPUK DADA TANYA IMAN !
     

Thursday 7 July 2011

PERINGATAN BAGI MUSLIMAH

assalamualaikum..

satu peringatan sebenarnya untuk muslimah-muslimah semua

mari kita renung-renungkan bersama

fikir-fikirkan bersama

jika satu hari nanti kita mati,

akaun facebook ini hanya kita yang tahu password

hanya kita yang boleh access..

dan

selepas kita mati..

apa yang jadi pada akaun fb kita?

mungkin ada yang akan ucapkan takziah

mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu

tetapi..

sedarkah kita

gambar-gambar kita..

akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?

gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?

lelaki ajnabi terus-terusan tengok

dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..

walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..

saham dosa terus meningkat..

macam mana?

pernah terfikir tak?

tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?

legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?

baju yang membalut aurat itu, bagaimana?


mungkin kini

kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik

tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya

tapi di akhirnya nanti..

semua itu tidak akan membawa erti

semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup

di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita

cuba kita renung-renungkan,

saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi

sehingga hari akhirat

tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan

peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan


Renung2kan dan selamat beramal...^^.


TEPUK DADA TANYA IMAN !!

Friday 1 July 2011

SAYANG MEYAYANGI

Assalamualikum dan salam sejahtera kepada pembaca-pembaca sekalian,pada entri kali ini saya ingin berkongi sedikit maklumat tentang sayang meyayangi yang lebih menjurus kepada golongan remaja zaman sekarang.Ya, remaja adalah zaman ketika kita rasa ingin mempunyai seorang teman yang istimewa atau yang lebih sinonimnya digelar "kekasih".Rasa ingin mencintai dan dicintai ini memang wujud dalam diri semua manusia di muka bumi ini terutamanya remaja.Remaja zaman sekarang kebanyakan mereka mempunyai teman istimewa lebih-lebih lagi zaman sekarang adalah zaman arus teknologi yang menyediakan pelbagai kemudahan berkomunikasi.Ini akan memudahkan lagi mereka untuk konon-kononnya bersayang-sayang.Ramai juga remaja yang dapat kita perhatikan yang sering kali berpeleseran di pusat-pusat membeli belah bersama "kekasih" mereka.Tidak kah mereka sedar bahawa bukan sahaja mereka telah melakukan satu dosa yakni berdua-duaan antara lelaki dan perempuan tetapi juga mereka telah menghabiskan masa yang sepatutnya lebih baik digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah.Konon-kononnya dengan berjumpa,ber"dating" akan merapatkan lagi hubungan mereka.Tidak sedarkah mereka bahawa perbuatan itu adalah satu perbuatan yang berdosa dan dimurkai ALLAH?Ya mungkin ada sebilangan antara mereka yang tahu tetapi kenapa mereka masih melakukannya?mungkin ini antara jawapan yang akan diberikan oleh mereka:"ala,bukan apa-apa pun,cuma jalan-jalan kat shopping complex je" atau "kitorang bukannya nak buat benda-benda tak senonoh,cuma jalan-jalan dengan awek/pakwe je...tak boleh ke?" ataupun lebih teruk lagi "apa la kau ni...ketinggalan zaman betul la...ini la namanya nak rapatkan hubungan dengan awek/pakwe kau...fikir la...tak payah kolot sangat" dan lain-lain.Adakah dengan berpeleseran dengan awek/pakwe di pusat-pusat membeli belah,taman-taman dan di tepi-tepi jalan merupakan cara untuk menunjukkan rasa sayang antara satu sama lain?Adakah dengan berdua-duaan dan bermesra-mesraan antara lelaki dan perempuan merupakan cara untuk menunjukkan rasa sayang?Adakah dengan berpegang-pegangan dan menyatakan ayat-ayat cinta merupakan cara untuk menunjukkan rasa sayang?sudah semestinya TIDAK.Cara tersebut adalah cara yang salah dan bertentangan dengan cara islam."Dalam jiwa setiap insan pasti disemat dengan sifat kasih sayang, tetapi tidak semua berjalan di atas landasan sebenar dengan mengikut perasaan. Ada antaranya bertindak atas landasan yang dihanyuti arus kerana godaan syaitan".ayat ini dipetik dari sebuah blog sahabat saya yang menunjukkan bahawa tidak semua cara menunjukkan sayang menyayangi adalah betul seperti yang telah ditunjukkan diatas.Cara yang sebenar adalah berkasih sayang dengan niat kerana ALLAH,tidak melakukan perkara-perkara yang salah ketika berkasih sayang antara sesama manusia seperti ber"dating",berpegang-pegang tangan,berdua-duaan dan sebagainya.Sayang menyayangi juga tidak tertumpu kepada golongan remaja sahaja tetapi kepada seluruh manusia yang ada dimuka bumi ini(seperti yang ditunjukkan diatas)seperti yang disebutkan dalam hadis nabi "Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:Sesiapa yang tidak mengasihi orang muda dan tidak mengenali hak orang tua maka bukan dari kalangan kami.”yang bermaksud 1. Orang beriman adalah mereka yang hidupnya saling hormat menghormati dan kasih mengasihi antara satu sama lain tanpa mengira usia, tua ataupun muda.2. Orang yang gersang daripada sifat kasih sayang biasanya bersikap ganas dan kasar hingga akhirnya hidupnya menjadi terasing dan terpinggir daripada masyarakat. 
3. Kekejaman berupa penderaan dan kekerasan terhadap golongan yang lemah sama ada terhadap kanak-kanak dan orang tua merupakan suatu perbuatan yang amat dibenci oleh agama kerana ia mempamerkan sifat zalim dan tidak berperikemanusiaan yang tidak sepatutnya ada pada diri seorang manusia yang dianugerahkan Allah dengan akal fikiran dan perasaan.Ya itulah yang dimaksudkan dengan sebenar-benarnya maksud sayang meyayangi antara satu sama lain.Rasulullah juga bersabda:Tidak beriman seseorang diantara kamu sehingga dia menyayangi orang lain seperti dia menyayangi dirinya sendiri"Dan ingatlah bahawa kasih sayang ALLAH melebihi segala yang ada dimuka bumi InsyaALLAH dengan ilmu yang sedikit ini akan dapat kita kongsikan kepada semua umat islam.InsyaALLAH....

sayang menyayangi antara muslim

katakan tidak pada "couple"

kasih sayang tidak mengira usia

zon larangan ber"couple"

insyaALLAH begini lebih baik





RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL!

TEPUK DADA TANYA IMAN!!

Friday 17 June 2011

Sempurnakah kita ?


Memang tidak dapat dinafikan . Ramai daripada kalangan kita mempunyai kehidupan yang mewah . Segalanya indah . Mempunyai paras rupa yang ayu dan kacak , harta bertimbun-timbun . Belum dikira lagi kereta yang tersusun di dalam garaj . Hidup yang mereka lalui seakan-akan sempurna . Kurang cacat celanya . Segalanya ada dan indah sahaja . Mereka senang dan tidak perlu bersusah-payah . 

Akan tetapi , adakah semua itu dianggap sebagai penyempurnaan terhadap diri kita ? Adakah dengan adanya segala kemewahan tersebut , hidup kita akan sempurna ? Adakah apabila kita dikelilingi oleh kesenangan dunia , keindahannya yang sentiasa mengaburi mata membuatkan kita seolah-olah sempurna ? 

Berhenti sejenak dan berfikir . 

Kebiasaannya , mereka-mereka yang dikurniakan nikmat dan kemewahan yang melimpah ruah akan cepat alpa dan mudah sahaja terlupa . Mereka angkuh , menepuk dada sendiri dan mengatakan "aku lah yang terhebat . Aku sempurna" . Sedarkah mereka , daripada mana mereka peroleh segala nikmat tersebut ? Turun daripada langit kah ? Keluar daripada bumi kah ? 

Berhenti buat kali kedua dan berfikir lah . 

Mengapa perlu angkuh ?



Angkuh . Sinonimnya angkuh adalah apabila seseorang manusia merasakan dirinya terlalu hebat , jauh lebih baik daripada orang lain . Mereka mengganggap apa yang dimiliki mereka membuatkan mereka "invincible" dan sangat utuh . Sedangkan apa yang dimiliki oleh mereka hanyalah sementara sahaja . 

Duniawi , tiada yang kekal . 

Mengapa perlu angkuh ? 

Mengapa hanya dengan dikelilingi oleh pelbagai kemewahan kita perlu angkuh ? Segala nikmat tersebut hanyalah pinjaman daripada ALLAH . Bukannya hak mutlak kita . Tidak dibawa mati pun . Sia-sia sahaja bukan ? 

Sifat angkuh bukan lah sifat yang perlu ada dalam diri kita . Buang lah sifat ini sejauh mungkin kerana kelak , padah menimpa . Anda mahu kah ? 

Tidakkah kita sedar ? Jangka hayat hidup kita amatlah pendek . Ia diibaratkan seperti seorang pengembara yang duduk berehat di bawah sebatang pohon . Setelah usai berehat , maka dia akan beredar . Lama kah masa tersebut ? 

Maka , sekali lagi saya bertanya , mengapa perlu angkuh ? 

Adakah pahala kita sudah setinggi langit ?
Adakah amalan kita sudah mencukupi ? 
Adakah kita sudah pasti ditempatkan di dalam syurga ALLAH ? 

Jadi , mengapa perlu angkuh ? 

Muhasabah diri , itu lebih baik



Muhasabah . Muhasabah adalah jalan kembali apabila kita sudah tergelincir daripada landasanNya . Maka bermuhasabah lah . 

Perlu di ingat , segala nikmat yang ALLAH berikan hanya sementara dan tidak kekal . Masakan dengan perkara tersebut kita boleh menjadi angkuh ? Nikmat-nikmat tersebut juga bukannya milik kita , tetapi adalah amanah besar daripada ALLAH untuk kita . Salah guna , macam celaka lah kita . Baik gunanya , beruntung lah kita . 

Maka ? mana yang hendak dipilih ? 

Teruskan keangkuhan mu dan masuk lah kedalam NerakaNya ataupun
Mulakan muhasabah diri dan menuju SyurgaNya ? 

Anda pilih . Tiada paksaan diberikan . Terpulang . 

"What's you give you get back"



Assalamualaikum dan selamat beramal ^^

Thursday 2 June 2011

BERDOALAH

Mungkin ada setengah daripada kita sering berkata"buat apa aku doa lagi,dah banyak kali aku berdoa benda yang sama,tapi tak ditunaikan pun hajat aku"
Pernah tak kita terfikir...

Adakah kita berdoa dengan ikhlas?

Adakah kepada ALLAH sahaja kita meminta?

Adakah kita sudah jauh daripada melakukan maksiat?

Adakah kita menegakkan agama ALLAH?

Adakah kita menunaikan apa yang ALLAH suruh?

Adakah doa kita berterusan sambil diiringi dengan usaha?

Adakah kita menjaga adab kita dengan ALLAH?

Renungkan

Dan Selamat Berdoa!

TEPUK DADA TANYA IMAN!!

Wednesday 1 June 2011

BETUL-BETUL HAIRAN

Assalamualikum kepada semua pembaca blog saya ini,
saya berasa hairan betul,
kenapa?
kerana ramai umat Islam zaman sekarang sudah jarang-jarang ingat kepada yang Esa,
ALLAH TA,ALA
kenapa ya?
memang saya betul-betul hairan,
kenapa ketika kita sakit baru kita ingat kepada ALLAH?
kenapa kita sedang dalam masalah baru kita ingat kepada ALLAH?
kenapa ketika kita susah baru kita ingat akan ALLAH?
kenapa ketika kita tiada duit baru kita ingat akan ALLAH?
kenapa ketika kita sedang nazak baru kita ingat akan ALLAH?
kenapa ketika kita hendak mati baru kita ingat ALLAH?
KENAPA?
KENAPA?
KENAPA?
kenapa ketika sedang sihat kita tidak ingat akan ALLAH?
kenapa ketika kita tiada masalah kita tidak ingat akan ALLAH?
kenapa ketika kita senang kita tidak ingat akan ALLAH?
kenapa ketika kita ada duit kita tidak ingat akan ALLAH?
kenapa ketika kita tidak nazak kita tidak ingat akan ALLAH?
kenapa ketika kita belum sampai ajal kita tidak ingat akan ALLAH?
KENAPA?
KENAPA?
KENAPA?
Walaupun ALLAH telah memberikan rezeki yang melimpah ruah kepada kita,rezeki yang tidak akan putus,
tetapi kenapa kita masih sukar ingat akan ALLAH?

TEPUK DADA TANYA IMAN!!

Monday 30 May 2011

RENUNGKAN SECARA MENDALAM

Assalamualaikum,
cuba kita renungkan,
renungkan dengan lebih mendalam,
adakah kita benar-benar seorang umat Islam?
bukan pada nama,bukan pada kad penegenalan?
adalah kita mengikut segala syariat Allah Ta,ala?
melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang?
adakah kita menunaikan hak-hak kita sebagai seorang Muslim?
adakah kita benar-benar sayang pada Rasullullah?
adalah kita benar-benar sayang pada agama kita?
adakah kita benar-benar cinta dan patuh pada perintah Allah Ta.ala?
Segala Jawapan Ada Pada Diri Anda Sendiri
RENUNG-RENUNGLAH DAN SELAMAT BERUBAH

TEPUK DADA TANYA IMAN!!
\

Sunday 29 May 2011

PERNAH KE?

Sedar tak kita?
kita bangun tidur dari katil yang empuk,
tidur yang cukup tanpa ada apa-apa masalah,
tetapi sedarkah kita?
saudara kita yang sedang berada di Gaza dan di Timur Tengah yang sedang diserang oleh orang-orang Yahudi dan sekutu-sekutunya,
adakah mereka dapat tidur dikatil yang empuk?
tidur yang cukup tanpa ada apa-apa masalah?
pernah ke kita terfikir akan mereka?
TIDAK
kita makan makanan yang enak,
lauk-pauk yang sering bertukar,
makan bersama ahli keluarga,saudara-mara dan kawan-kawan sambil bergelak ketawa,
tetapi sedarkah kita?
adakah mereka dapat makanan yang enak?
adakah lauk pauk merka sering bertukar?
adakah mereka makan bersama ahli keluarga,saudara-mara dan kawan-kawan sambil bergelak ketawa?
pernah ke kita terfikir akan mereka?
TIDAK
kita bebas pergi ke sana sini,
kita bebas pergi ke mana-mana sahaja tempat yang ingin kita lawati
kita bebas bergerak tanpa sebarang sekatan,
tetapi sedarkah kita?
adakah mereka bebas pergi ke sana sini?
adakah mereka bebas pergi ke mana-mana sahaja tempat yang mereka ingin lawati?
adakah mereka bebas bergerak tanpa sebarang sekatan?
pernah ke kita terfikir akan mereka?
TIDAK
kita hanya memikirkan tentang diri kita sahaja,
kita tidak pernah menghiraukan mereka,
jikalau pembaca semua tidak percaya,
berapa kali kita pernah mendoakan mereka?
berapa kali kita pernah memberi bantuan kepada mereka?
berapa kali kita ingat mereka lantas mendoakan mereka?
mungkin hanya beberapa kali,
kerana apa?
kerana kita hanya memikirkan tentang diri kita,
hidup kita,aktiviti kita,
tetepi langsung tidak menghiraukan mereka yang sedang merana,terseksa dan sengsara di tanah air sendiri
YA
mungkin ada yang akan memprotes,
tetapi cuba anda fikirkan balik kebenaran entri yang saya tulis ini,
anda pasti akan temui jawapannya,

TEPUK DADA TANYA IMAN!!




Saturday 30 April 2011

WASIAT IMAM SYAFIE

1.Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
2.Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.Perbanyakkan menyebut akhirat daripada  
   menyebut dunia.
3.Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
4.Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran 
   pula.Bala dan musibah menunjukkan adany perhatian dan kasih Allah.Oleh itu,bersyukurlah kerana syukur  
   yang demikian adalah setinggi-tinggi syukur.
5.Apabila salah seorang dari kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit,kamu perlu ringankan langkah 
   menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai oleh Allah
6.Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang beracun.Oleh itu,hindarilah ia supaya kamu dapat
   menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
7.Kasihanilah anak yatim kerana Rasullullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama 
   dengan orang yang mencintai dan mengasihi anak yatim di akhirat.
8.Berbuat baik dan tunjukkanlah bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka
   berbuat begitu sepanjang hayat mereka.Ia dapat menambah keberkatan pada umur,menambah rezeki
   dan keampunan atas dosa-dosa kamu.
9.Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendiding dan perisai orang mukmin dan pelindung daripada 
   serangan iblis.
10.Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak muslim yang sebenar.Ia ibarat pokok zaitun,
     minyaknya membawa berkat, ia juga memeberi kejayaan dan kemenangan


BERSAMBUNG....

TEPUK DADA TANYA IMAN!!

Friday 22 April 2011

ADAM & HAWA


Adam...
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.
Hawa...
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam...
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa...
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam...
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa...
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam...
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa...
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam...
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.
Adam...

Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa...
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa...
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.
Dan
Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.
Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.
Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.
Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.
Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.
Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.
Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.