Saturday 27 August 2011

HARI RAYA YANG BERMAKNA

     Assalamualaikum dan selamat berpuasa kepada semua pembaca di blog saya ini.Memandangkan bulan Ramadan yang mulia ini akan berakhir 2 hari saja lagi,saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua dan sahabat-sahabat saya.Nikmatilah hari raya ini dengan berpada-pada dan jangan berlebih-lebihan semasa menyambut hari yang mulia ini.

     Seperti yang kita semua tahu,ramai di antara kita semasa malam hari raya menghabiskan masa dengan bermain mercun dan melepak bersama kawan-kawan.Alangkah baiknya kita ubah realiti hari ini dengan perkara yang berfaedah dilakukan pada malam hari raya yakni dengan bertakbir di rumah mahupun di masjid.seperti yang telah disebut oleh Rasulullah :Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Hiasilah hari-hari raya kamu dengan bertakbir.”


     Di samping itu juga,malam hari raya juga perlu diisi oleh pelbagai amal ibadah seperti solat sunat tahajjud,bertadarus dan berzikir.Rasulullah juga bersabda:


     Daripada Abi Umamah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW bersabda: “ Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari qiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur engkar) pada hari itu.”
 
   Insyaallah,kalau bukan kita,siapa lagi yang ingin mengubah realiti hidup zaman sekarang dengan melakukan perkara-perkara berfaedah di malam hari raya.Dengan ini semoga kita dapat ringan-ringankan kaki tangan dan mulut melakukan pelbagai amal ibadah semasa menjelangnya hari raya.Rasulullah juga ada mengatakan bahawa hari raya adalah hari untuk bergembira tetapi janganlah sampai kita melanggar hukum-hukum syarak. MINAL AIDIL WAL FAIZIN.

No comments:

Post a Comment