Monday 7 November 2011

Solat Sunat Tahajud

Assalamualaikum warahmatuallah :D


 Pada entri kali ini,saya ingin berkongsi dengan anda tentang kelebihan dan kenapa kita perlu menunaikan solat sunat tahajud.





Apa itu solat sunat tahajud ?


Solat sunat tahajud adalah solat sunat yang dilakukan hanya pada waktu malam setelah tertidur walau dalam jangka masa yang pendek dan paling afdal dilakukan pada 2/3 malam.


Allah S.W.T berfirman : “Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.’ (Surah Al-Israk: Ayat 79)


Kenapa Allah S.W.T mengangkat kita pada kedudukan yang terpuji jika kita melakukan solat sunat tahajud ?


Kerana menunaikan solat tahajud memang menguji tahap keimanan kita.Solat yang dilakukan pada waktu 2/3 malam,adakah solat ang mudah dilakukan ? sememangnya susah termasuk diri saya sekali.Itu sebab nya Allah S.W.T menjanjikan kedudukan yang terpuji kepada sesiapa yang mendirikan solat sunat tahajud ini.


Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi mereka yang biasa, ia menjadi suatu kenikmatan pula.

Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan sembahyang Tahajud.

Di waktu inilah - iaitu sepertiga malam, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis Riwayat: Abu Daud)

Sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah bukan sesuatu yang mudah. Allah mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan yang dilarang.

Sembahyang Tahajud satu suruhan Allah dan oleh itu Allah menyayangi mereka yang mengerjakan sembahyang ini.

Bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun melakukan Tahajud di tengah malam.

Sebaliknya, orang yang lemah imannya akan berasa berat untuk menolak selimutnya walaupun berat selimutnya tidak sampai setengah kilogram.

Sembahyang Tahajud sesungguhnya satu daripada sembahyang sunat yang mempunyai nilai dan kedudukan tinggi berbanding sembahyang sunat lain.

Sembahyang Tahajud adalah amalan orang soleh yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah.

Amalan sembahyang Tahajud bukan hanya diamalkan umat Nabi Muhammad malah umat nabi sebelumnya.

Ini bererti perintah Tahajud bukan dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad sahaja.

Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:



a. Jauh daripada segala penyakit

b. Lahir kesan takwa pada wajahnya

c. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia

d. Percakapannya mengandungi hikmat

e. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).

Sementara empat perkara di akhirat ialah:

a. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri

b. Dipermudahkan hisab

c. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat

d. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.



InsyaALLAH kita sebagai hambaNya dan umat Rasulullah berusaha sedaya upaya untuk menunaikan solat sunat tahajud.


TEPUK DADA TANYA IMAN !





Saturday 5 November 2011

RAYA AIDILADHA

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di Malaysia mahupun di mana-mana sahaja terutamanya kepada mereka-mereka yang membaca blog saya ini.Pada entri kali ini saya ingin berkongsi tentang amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasullulah pada Hari Raya Aidiladha.


1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat raya.

Sebagaimana salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w, iatu ‘Ali bin Abi Thalib, ketika ditanya tentang bilakah mandi yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. Beliau menjawab: “(Mandi yang disunnahkan) pada hari Jumaat, hari ‘Arafah, hari raya Iedul Fithri, dan Iedul Adha.” (Lihat Al Wajiz, hal 47).

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".



2) Memakai pakaian terbaik dan tercantik.

Imam Ibnul Qoyyim berkata dalam Zaadul Ma’ad, “Nabi memakai pakaian terbagusnya untuk solat hari raya. Beliau mempunyai pakaian khusus untuk shalat ied (hari raya) dan solat Jumaat…”



Senang saya ingatkan pakaian yang terbagus tidak semestinya membeli pakaina-2 baru yang mahal dan berjenama.Pakai lah pakaian yang sederhana tetapi tetap mengekalkan kebagusan pakaian tersebut.

3) Menjamah makanan sehingga pulang. 

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya iedul fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..." 

Dari Buraidah berkata: “Nabi tidak keluar pada Iedul Fthri sehingga makan terlebih dahulu. Adapun pada iedul Adha, maka beliau tidak makan sehingga pulang dan makan dari daging korban sembelihannya.” (Hasan, Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, Ad-Darimi dan Ahmad)

4) Berjalan Kaki 

Dari ‘Ali berkata: “Termasuk sunnah iaitu engkau keluar solat hari raya dengan berjalan kaki.” (Hasan. Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan dihasankan Syaikh Al Albani dalam Shahih Tirmidzi)

5) Menempuh Jalan Yang Berbeza ketika pergi dan balik solat.

Dari Jabir bin Abdillah berkata: “Rasulullah s.a.w apabila (berangkat dan pulang) pada hari raya mengambil jalan yang berbeza.” (HR. Bukhari 986)


6) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain
 

Semoga raya kita pada kali ini lebih bermakna :D

TEPUK DADA TANYA IMAN !