Sunday 27 February 2011

KATA-KATA HIKMAH 3



Kadang-kadang manusia mudah putus asa akan rahmat Allah sebelum melakukan sesuatu, kadang-kadang manusia terlalu mahukan yang terbaik tanpa berusaha yang terbaik, kadang-kadang manusia jahil dalam ilmunya tanpa berusaha memperbaikinya, ingatlah kebekatan dalan hidup ini perlukan hijrah ke arah yang makruf



"Hormat-menghormati adalah motivasi yang terbaik"


Pisang berbuah penuh setandan,                              
Dimasak pengat berkuah santan,
Di mana hilang perikemanusiaan,
Hingga membunuh sanggup dilakukan?





“Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu..” (Imam Nawawi )


"Kita harus ingat, setiap saat Allah akan menduga umatNya dengan berbagi-bagai ujian, tidak kira dari segi kesusahan atau kesenangan. Sikap sabar, tabah.berdoa dan bertawakal amat penting kerana Islam sentiasa memberikan jalan dan sikap positif yang indah, terpulangah pada individu untuk memahami dan mempraktikkannya dengan baik supaya kita tidak hanya berjaya di dunia malah di akhirat kelak"






Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Surah Al-An`aam, ayat 38)


Sungguh,orang-orang yg menyembunyikan apa yang Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk setelah Kami jelaskan kepada manusia dalam kitab( Al-Quran),mereka itulah yang di laknat ALLAH dan dilaknat pula oleh orang yang melaknat-(Al-Baqarah 159)



Hari ini segalanya kuserah dan kusimpulkan dalam sebuah pasrah harapan bernama doa,kerana biacaraNYa memintaku untuk terus meminta kelak akan DIA kabulkan jua, insyaAllah
Tepuk dada tanya IMAN!

KATA-KATA HIKMAH 2



"Setiap perkara yang berlaku, baik buruk mahupun baik, ada hikmahnya. Andai aku gagal dalam ujian, mungkin ada hikmahnya. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku, lebih baik daripada perancangan manusia untuk aku"




Rasulullah saw bersabda:“Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya bagaikan dedaunan yang jatuh dari pohonnya"




"taatilah ibu dan ayah kalian SELAGI MANA mereka mentaati Allah, andai mereka SUDAH tidak taati Allah, nasihatilah mereka dengan BERHIKMAH"




kata2 apa yang nak diletak malam ni, cuba yang ni "Manusia lebih sukakan kemewahan berbanding kesederhanaan",ingatlah setiap harta yang ada pada kita akan dipersoalkan di hari pembalasan, jadikanlah harta yang banyak itu berguna dan harta yang sedikit itu amalan




"mencari kebenaran adalah suatu kepayahan dan mencari kesalahan adalah perkara yang paling menyenangkan", jadi kita insan yang bagaimana?, insyaAllah sebagai manusia kita cuba yang terbaik, mudah2han Allah bersama kita dalam setiap kedaan, amin


"Manusia hanya pandai menilai melalui paras rupa, tingkah laku, cara percakapan tapi jauh di sebalik hati tiada siapa yang tahu"




"Sungguh hina dan azab kepada orang yang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya..astaghfirullah"


Demikian Sahaja daripada saya.Semoga apa yang ada diatas boleh dijadikan pedoman dalam hidup anda.
Tepuk dada tanya IMAN!

JATSUM

Jatsum : Kena tindih waktu tidur
Kena tindih waktu tidur adalah pengalaman ngeri bagi sesiapa yang mengalaminya. Keadaan ini berlaku bagi kanak-kanak dan remaja yang meningkat umurnya. Namun tidak mustahil berlaku pada orang dewasa terutamanya yang terganggu fikiran dan agak penakut.

Rupanya perkara ini sudah lama dikaji oleh ilmuan Islam dan apabila saya membuka kitab Lisanul Arab, ia memang sudah mempunyai namanya sendiri.Dalam kajian sains ia dipanggilSleep paralys.
Fenomena ini dikenali Jatsum,Baruuk dan Aniedlaan oleh orang arab dulu.

Dalam Kamus Ibnu Manzur:

Ia adalah kabus atau fenomena antara sedar dan tidak dan merasakan ada sesuatu duduk atas dada manusia ketika tidur.Ia juga dikatakan sebagai permulaan rasuk. Apabila seseorang ditimpa dengan fenomena ini, ia akan merasakan seolah-olah dirinya sedang dikawal oleh sesuatu, merasa pergerakan terikat dan tidak dapat mengeluarkan suara.

Ada beberapa faktor berlakunya tertindih dalam tidur. Antaranya :

1.Faktor fizikal tubuh iaitu disebabkan oleh kesan pemakanan dan ubatan. Keadaan ini boleh menyebabkan mimpi buruk tapi tidak berulang-ulang.Dikatakan kaedah untuk merawat faktor pertama dengan membuang darah kotor.seperti berbekam dan sebagainya.

2.Faktor makhluk halus dan gangguan jin.Biasanya faktor ini akan menyebabkan pesakit mendapat mimpi yang berulang-ulang. Faktor kedua boleh diubati dengan rawatan Islam.



Tanda awal

Sebenarnya memang boleh menjejaki fenomena ini sebelum berlaku, antaranya terasa desingan telinga sebelum tidur, resah dan susah untuk melelapkan mata. Tapi ada masa juga tidak ada tanda-tanda awal.

Pengalaman saya.
Pengalaman saya dengan Jatsum ini sudah sampai tahap lali. Mungkin boleh dikatakan bahawa saya sendiri suka mengalaminya dengan tujuan untuk menguji diri dan mengetahui cara mengatasinya.

Pada masa saya tingal di Hostel anak Johor di Mesir, saya tinggal di bilik bahagian atas sekali. Ia adalah pengalaman yang menarik. Pada mulanya, bila saya mengalami fenomena ini, saya agak kelam kabut dan meronta dengan sekuat hati bagaikan ada sesuatu yang menekan dan mengikat pergerakan saya.

Maka sejak malam itu saya menegaskan pada diri saya, kalau ia berlaku pada saya, saya akan membaca Auzubillahiminasyaithanirrajim(Ta'auz) dan ludah ke kiri sebanyak 3x. Apa yang berlaku ialah saya merasakan ada sesuatu yang menghalang kepala saya bergerak. Namun setelah saya gagahkan bacaan dan ludah ke kiri 3x, barulah saya berjaya melepaskan diri.

Setelah itu saya tetapkan dalam minda saya , jika berlaku lagi saya akan ludah 3x ke kiri tanpa membaca Ta'auz.Nampaknya ia berkesan. Memang pada mulanya ia menghalang tapi bila sampai kali ke 3, saya berjaya sedar sepenuhnya.

Percubaan seterusnya, saya tetapkan dalam minda saya, jika berlaku lagi, saya akan cuba ludah sebanyak 4x ( walaupun sunnah 3x) untuk tujuan ujikaji saya. Agak mengejutkan. Kerana setelah saya ludah kali ke 4, fenomena ini berlarutan dan saya semakin sukar untuk melepaskan diri. Tapi berjaya setelah berhempas pulas.

Selepas peristiwa itu, saya setkan dalam minda saya kalau berlaku, saya akan diam dan tidak berbuat apa-apa. Hahaha.. nampaknya saya berjaya psiko 'benda itu'. Walaupun agak terasa betapa beratnya, tapi sikap tidak pedulikannya, berjaya menghilangkannya tanpa bersusah payah. Dan yang lebih menakjubkan, saya tidak lagi ditimpa dengan fenomena ini hingga sekarang.





Pesanan

Bagi mereka yang tidur di kawasan berpenghuni makhluk halus, memang mudah untuk ditindih. Maka elakan tidur laluan keluar masuk, antara pancaran cahaya dan gelap, bawah palang kayu, dan paling penting sekali jangan tidur tanpa menyempurnakan adab-adab tidur.

Jika anda terjaga dari tidur setelah mengalami fenomena ini, hendaklah beredar ke tempat lain. Tapi jika anda tidak mahu beredar maka anda boleh kibaskan semula tempat tidur dengan kain bahagian dalam atau anda beri isyarat ludah ke kiri 3x.



Cerita ini telah saya petik daripada seorang hamba allah.Semoga allah memberkati kehidupannya diakhirat
Tepuk dada tanya IMAN!

DERIA RABBANI



DERIA RABBANI : Masih ada yang terpilih memilikinya
Kawan saya mengadu kehilangan barang berharganya. Ketika itu kami berada di sebuah masjid di Pulau Pinang. Puas kami mencari di merata tempat tapi tidak menjumpainya.Mungkin ada jemaah yang tersalah ambil pada telahan sangka baik kami. Lalu kami duduk menunggu dengan harapan kalau ada sesiapa nanti memulangkannya.

Setelah puas menunggu dan memerhati, mata saya terpandang seorang anggota polis yang sedang solat Dhuha. Saya merasakan bahawa saya perlu mengadu kepadanya tentang kehilangan barang kawan saya.

Apabila anggota polis itu selesai berdoa saya mendekati anggota polis tadi. Saya berkenalan ringkas dan memberitahu kami dalam perjalanan ke Aceh. Setelah itu saya memberitahu kepada anggota polis itu tentang kehilangan barang berharga kepunyaan kawan saya. Wajah anggota polis itu berubah. Dia diam secara tiba-tiba. Kemudian dia menarik tangan saya seolah mengajak saya keluar dari masjid bersamanya. Saya mengekorinya ke luar masjid.

Sampai saya di luar masjid polis itu bersuara " Maafkan saya, tadi kita berada di dalam masjid. Tidak elok kalau kita berbicara tentang urusan dunia kita di dalam rumah Allah. Apatah lagi awak mengadu tentang kehilangan barang berharga awak. Jadi saya rasa lebih baik kalau kita berbual di luar masjid mengenainya".

Ketika itu timbul rasa malu dan serba salah saya. Memang salah pun.Dalam hati kecil saya berkata "Subhanallah, masih ada insan mulia yang dipilih oleh Allah, di mana ada di dalam hati mereka rasa kebesaran Allah dan rumahnya. Inilah DERIA RABBANI yang sensitif tentang kemuliaan masjid dan adab-adabnya."


Semoga deria tersebut telah dimiliki oleh anda sekalian
Tepuk dada tanya Iman

GELARAN SAHABAT NABI

Assalamualikum,
Saya ingin berkongsi dengan para pembaca tentang gelaran-gelaran yang telah nabi berikan kepada mereka.Berikut adalah nama gelaran mereka:

Gelaran-gelaran Sahabat Nabi

1. Sahabat Nabi yang digelar dengan Pendeta Umat dan Penterjemah Al Quraan?
Abdullah bin Abbas

2. Sahabat Nabi yang digelar dengan 'Sayid Fawares' Ketua Pahlawan Berkuda?
Abu Musa Al As'ary

3. Sahabat Nabi yang digelar dengan Pemegang Amanah Umat
Abu Ubaidah bin Al Jarrah

4. Sahabat Nabi yang dikenali sebagai Abu Masakin bapa orang-orang miskin?
Ja'far bin Abi Talib

5. Sahabat yang kehebatannya mampu menggegarkan Arasy Allah?
Saad bin Muaz seorang pembesar yang menyebabkan sebahagian besar 
penduduk Yathrib (Madinah) memeluk Islam .

6. Sahabat Nabi yang teramat mustajab doanya?
Saad bin Abi Waqqas

7. Sahabat Nabi yang digelar sebagai Penyimpan Rahsia Rasulullah ?
Huzaifah bin Al Yamani

8. Sahabat yang dikenali sebagai 'Ghasel Malaikat " yang dimandikan oleh para Malaikat?
Hanzalah bin Abi 'Aamir

9. Sahabat Nabi yang gemar memakai kain pengikat kepala berwarna merah untuk berlagak terhadap musuh di jalan Allah?
Abu Dujanah

10.Sahabat Nabi yang digelar 'Dhahiyatul Arab' yang berotak geliga?
Amru bin Al 'Ash

11.Sahabat Nabi yang digelar 'Dzil Yadaein' si Dua Tangan?
Al Kherbaaq bin Bani Sulaim.

12. Sahabat Nabi yang panjang umur dan beliau akhir sekali wafat di kalangan Sahabat?
Anas bin Malik

13 Sahabat yang mana Nabi suka bergurau dengannya dan pernah memanggilnya ' wahai si fulan yang punyai dua telinga'
Anas bin Malik



14. Sahabat Nabi yang terakhir dapat melihat wajah Nabi sebelum wafatnya?
Quthum bin 'Abbas bin Abdul Muttalib

15. Sahabat Nabi yang meminum darah dari bekaman Nabi?
Abdullah bin Zubair.

16. Sahabat yang digelar sebagai 'Mirip dengan Malaikat'?
'Imran bin Al Hushoin

17. Sahabat yang hayatnya sebelum dan sesudah Islam mempunyai tempoh yang sama iaitu 60 tahun?
Hassan bin Tsabit

18. Sahabat yang digelar sebagai 'Abu Turab' si bapa tanah?
Ali bin Abi Talib



Terima kasih kepada Khomeini kerana nama gelaran sahabat nabi ini telah saya ambil dari dia.Semoga allah memberkati kehidupannya.
Tepuk dada tanya IMAN!

KATA-KATA HIKMAH



1.Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu 

Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu 

Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu 

Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu


2.Menggemari dunia itu akan meletihkan penggemarnya, di dunia & akhirat.. Sedangkan zuhudkan dunia itu, akan merehatkan tuannya di dunia & akhirat


3."Facebook memang 'senjata' Yahudi.Tetapi apa salahnya jika kita mengambil 'senjata' mereka dan menyerang mereka semula??..
Bagaimana cara kita menyerang?? iaitu dengan berdakwah dan berislah !!
Sebarkan ayat-ayat Al-Quran, Hadis-hadis Nabi SAW dan Uploadlah gambar-gambar dakwah beserta vide0.. jangan lepaskan peluang kita untuk 'menyerang' mereka!."



3."Setiap perkara yang berlaku, baik buruk mahupun baik, ada hikmahnya. Andai aku gagal dalam ujian, mungkin ada hikmahnya. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku, lebih baik daripada perancangan manusia untuk aku"


Jadikan Kata-kata Hikmah diatas sebadai panduan dalam hidup kita
Tepuk dada tanya IMAN!





SAHABAT SELAMANYA!




Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu mengingatkan kita kepada Allah…
Hari ini bersahabat, esok kita bersahabat dan selamanya kita bersahabat...
Jika hari esok diri ini tiada lagi di dunia ini…
Kutetap mengharapkan kita bersahabat…
Diri ini mengharapkan kita sama-sama selamat sampai ke sana...


Pertemuan yang tidak disangka menimbulkan bibit bibit pengenalan sehingga tercetusnya
KAWAN,TEMAN DAN SAHABAT
semoga ukhuwah yang terbina menjadi intuisi dalam penyatuan hati setiap insan yang bergelar hamba dan khalifah di muka bumi ini


SAHABAT ADALAH YANG TERBAIK Tepuk dada tanya IMAN!

WANITA OH WANITA

Assalamualaikum
Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang cara pemakaian wanita zaman sekarang.Cara pemakaian mereka sudah jauh bercanggah dari cara islam yang sebenar.Cara pemakaian mereka adalah seperti berikut:

1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans dan legging teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!
[Tambahan: Pakai Legging dan berseluar ketat Bersama Tudung Mencemarkan Imej Islam]

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

ALLAH MAHA BESAR!!

Assalamualaikum,

Disini saya ingin berkongsi bersama anda kata-kata hikmah yang telah saya petik dari sahabat saya Amir.Semoga Allah memberkati kehidupannya.

harapan tinggal harapan
cintakan kan manusia akan mati
cintakan bunga akan mati
cintakan allah kekal abadi
itulah cinta yang hakiki
namun pada zaman ni
ramai mencintai manusia
yang mana akan reput & mati
yang mana cantik dimata
tak selamanya
tapi dimana kecintaan anda kepada allah
yang hidup dan kekal abadi

BERSYUKURKAH KITA?

Bila cuti, nak cepat - cepat balik sekolah / kolej / universiti / kerja. Tapi bila sekolah / kolej / universiti / kerja, nak cepat - cepat cuti..

Bila cuaca terlalu panas, minta hujan turun. Tapi bila asyik hujan je mengadu sejuk sangat..

Bila tak ada homework / tutorial, bosan. Bila ada homework / tutorial, mengadu banyak sangat, malas nak buat and macam - macam lah!

Bila tak ada makanan, mengadu lapar. Tapi bila ada makanan depan mata, mengadu makanan tak sedap, mahal, sejuk, pedas.

Susah sangat ke nak ucapkan Alhamdulillah?


“Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung diri dengan-Mu daripada kelemahan, kemalasan, sikap pengecut kekikiran, kerunsingan serta seksa azab kubur. Ya Allah ya Tuhanku, selubungilah jiwaku dengan ketaqwaan dan sucikanlah ia, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang dapat menyucikannya kerana Engkaulah pentadbir dan penguasaannya. Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung diri dengan-Mu daripada ilmu yang tidak berguna, daripada hati yang tidak khusyuk, daripada jiwa yang tiada kenal kenyang dan daripada doa yang tidak akan diterima-Nya.” (Riwayat Muslim no. 7081)


Tepuk dada tanya IMAN!

JAGALAH MULUT YANG ALLAH BERIKAN

Kerana mulut manusia bertanya

Kerana mulut manusia berjaya

Kerana mulut manusia berani

Kerana mulut manusia berhati-hati


Kerana mulut badan binasa

Kerana mulut ada yang kecewa

Kerana mulut ada berkecil hati

Kerana mulut ada yang mencuit hati


Mulut dicipta untuk mengisi

Perut, dengan rezeki

Mulut dicipta untuk berzikir

Menyebut nama Ilahi


Mulut dicipta untuk berbakti

Kepada insan-insani


Jagalah mulut dari mengeji

Jagalah mulut dari mencaci


Jagalah mulut dari mengata

Jagalah mulut dari menghina


Kata-kata yang telah saya petik daripada seorang hamba allah bernama Hafiz.Kita doakan kesejahteraan Hafiz di dunia dan di akhirat.
Tepuk dada tanya IMAN!

HARI KEKASIH

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang Hari Kekasih yang masih disambut oleh orang-orang islam di Malaysia terutamanya remaja.

Berikut adalah kata-kata daripada Mufti Perak,Datuk Harussani Zakaria:
Murtad sambut hari kekasih mirip agama Kristian

Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:

``Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.''

Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom.

``Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama.

Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II.

Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.


Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.

Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka.

Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.'

Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.

Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine' sesama pasangan mereka.

Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.

Harussani turut menyeru umat Islam agar tidak sesekali meniru budaya asing dan ternyata bercanggah itu apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan.

``Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala.

``Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara se-Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya sudahpun jatuh haram. Jadi amalan atau budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik,'' kata beliau.



Menurut Harussani, Islam turut menggalakkan umatnya mengasihi sesama mereka secara ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka.

``Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia,'' kata beliau.



Akhir kata dari saya,"Tiada harapan selain ALLAH, Tiada idola selain NABI Tiada kata seindah QURAN, Tiada jalan seluruh SUNNAH, Tiada perjuangan selain ISLAM"
Tepuk dada tanya IMAN!

SYAITAN UJIAN DARI ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang syaitan yang sering mengganggu kita dan cuba untuk merosakkan akidah kita dari jalan yang benar.

Mancung/Paruh Syaitan membuatkan manusia Lupa.
Sabda Muhammad Rasullullah:"Sesungguhnya syaitan itu meletakkan muncungnya diatas hati anak Adam,maka jika manusia ingat kepada Allah,maka mundurlah ia dan jika manusia itu lupa kepada Allah,dipatuklah hatinya"(Hadis Riwayat Ibnu Jauzi)

Syaitan menangis.
Sabda Muhammad Rasullullah:"Apabila anak Adam membaca Surah Assajadah,lalu ia sujud,nescaya menyingkirlah syaitan sambil menangis dengan meratap:"Ah...Celakalah aku.Anak Adam disuruh sujud lalu ia sujud maka ia mendapat syurga,tetapi aku disuruh sujud maka membangkang,maka aku mendapat neraka"(Hadis Riwayat Ahmad,Muslim,Ibnu Majah)

Syaitan kencing. 
Dari Ibnu Masud dia berkataWhat is this?iceritakan(Allah)kepada Nabi Muhammad SAW tentang seseorang lelaki yang tidur hingga Subuh(waktu Fajar Pagi),sabda Baginda:"Itulah orang lelaki yang dikencingi oleh syaitan pada kedua telinganya"(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(As-Syaikhan)

Syaitan tertawa(ketawa).
Nabi bersabda bermaksud:"Apabila menguap salah seorang kamu dalam solat,maka hendaklah ia tutup mulutnya sedapat mungkinbdan jangan ia mengucap "Ahhh...",kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan dan ia tertawa kerananya."(Hadis Riwayat Bukhari).

Syaitan mempunyai rambut dan janggut yang kusut.
"Dari Atha bin Yasr dia berkata:Telah datangnya lelaki kepada Rasullullah SAW dalam keadaan kusut rambut dan janggutnya,maka Rasullullah memberi isyarat kepada lelaki itu,seakan-akan disuruhnya membereskan(meluruskan) rambut dan janggutnya.Maka orang itu mengerjakannya,kemudian ia kembali.Maka Rasullullah SAW bersabda:"Bukankah ini lebih baik darpada seseorang yang datang dengan kusut rambutnya seperti syaitan."
(Hadis Riwayat Malik)


Syaitan menyilangkan(mematah-matahkan) jari tangan.
Nabi Muhammad Bersabda(memberitahu):Apabila salah seorang kamu berada di dalam masjid ,maka janganlah sesekali menyilangkan(mematah-matahkan)jari tangan,kerana menyilangkan jari-jari tangan itu dari syaitan.Dan seorang kamu tetap dalam pahala solat selama ia berada di dalam masjid(mosque) sehingga ia keluar darinya."(Hadis Riwayat Ahmad).

Syaitan masuk dalam aliran darah manusia.
Sabda Rasullullah SAW bermaksud:"Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti pejalanan darah.Oleh sebab itu,aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam hatimu"(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(as-Syaikhan)

Syaitan takut orang yang solat berjemaah.
Sabda Nabi Muhammad yang bermaksud:"Jika ada tiga orang di desa atau digunung yang tidak menunaikan solat berjamaah,nescaya mereka dikusai oleh syaitan.Oleh sebab itu,hendaklah kamu berjamaah kerana sesungguhnya serigala tidak akan memakan kambing melainkan yang terpisah sendiri dari rombongan"(Hadis Riwayat Abu Daud).

Hentakan kaki syaitan menyebabkan wanita istihadhah(mengeluarkan darah haid secara berlebihan walaupun dalam keadaan sihat).
Dari Amnah binti Jahsy bahawa ia keluar darah banyak dan deras(mengalir-ngalir) dari kemaluannya(darah istihadhah),lalu ditutup dengan kapas masih juga keluar dan ditutup dengan kain masih juga keluar.Rasullullah bersabda:"Sesungguhnya darah yang keluar deras itu adalah salah satu hentakan kaki dari hentakan-hentakan kaki syaitan."
(Hadis Riwayat Ahmad,Abi Daud dan Tirmidzi)
nota:Kini bagi merawati masalah tersebut dari terus menerus yang boleh menyebabkan mudarat jika terus dibiarkan kaedah perawatan islam diperkenalkan dengan menggunakan bahan-bahan berteraskan alam semula jadi dan menggunakan ayat-ayat tertentu.Teknologi perubatan moden pun telah dapat merawati masalah itu itu dari terus berlaku.



Syaitan menghadang di saf solat.
Sabda Rasullullah:"Apabila salah seorang kamu solat(sembahyang dengan memakai batas(Sutroh)(penghadang),lalu ada orang yang melintas dhadapannya(dalam kawasan solat,dibawah penghadang)maka hendaklah ia menghalanginya.Tetapi jika orang itu enggan(dalam keadaan curiga,melintasi dengan sengaja berulang kali)maka boleh orang itu diperangi(usir atau dibunuh),kerana dia itu tidak lain adalah syaitan".(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(As-Syaikhan)

Rasullullah SAW menangkap dan mencekik syaitan:
"Ketika Nabi SAW akan melakukan solat,lalu datang kepadanya syaitan hendak memutuskan solatnya.Maka Nabi Muhammad SAW menangkapnya(syaitan itu)lalu mencekiknya sehingga keluar air liurnya diatas tangannya(Nabi)."(Diceritakan oleh Ibnu Qoyyim)

Syaitan kentut:
"Apabila diseru untuk melakukan solat(laungan azan),maka mundurlah syaitan sampai terkentut sehingga ia tidak mendengarkan azan,maka selesai azan ia kembali lagi.Dan apabila akan berdiri solat(laungan iqamah),ia mundur lagi dan apabila selesai iqamah,ia datang kembali"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(as-Syaikhan).

Syaitan menyelit disaf solat yang renggang:
Sabda Muhammad Rasullullah:"Luruskan saf-safmu,rapatkan bahu-bahumu(dalam solat) dan berlaku lembutlah terhadap tangan-tangan saudaramu dan tutuplah tempat-tempat renggang kerana seungguhnya syaitan masuk(menyelitkan diri)pada celah-celahmu,bagaikan anak kambing yang menyelit di celah-celah induknya."(Hadis Riwayat Ahmad dan Thabrany)

Syaitan menghalangi khusyuk solat(menyempurnakan sembahyangnya).
"Dari Aisyah berkata:Aku pernah bertanya kepada Rasullullah SAW tentang menengok dalam solat(melihat-lihat kemana-mana arah tanpa perlu)maka sabda Nabi Muhammad SAW:"Itu adalah curian cepat yang dicuri syaitan dari hambaNya(Allah)"
(Hadis Riwayat Bukhari,Ahmad,An-Nasai dan Abu Daud)(Hadis Sahih)



Sabda Rasullullah lagi yang bermaksud:"Akan datang syaitan pada seseorang kamu dalam solatnya,lalu syaitan mengingatkan kepadanya,keperluan begini dan begitu.Maka janganlah ia menurutinya.Dan syaitan datang pula pada waktu tidurnya,maka syaitan memberikan berita mimpi buruk padanya,maka janganlah diikutinya(mempercayainya)".
(Hadir Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Syaitan membuat mimpi buruk:
Muhammad Rasullullah SAW bersada yang bermaksud:"Apabila seseorang kamu bermimpi yang tidak disukai(mimpi buruk),maka hendaklan ia meludah kesebelah kiri tga kali dan hendaklah membaca:
A'uzubillah hi minasyaitan nir rajim maksudnya:"Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam".
Dan hendaklah ia pindah dari lambungnya ketika hendak tidur yang ia sedang ada diatasnya".(Hadis Riwayat Muslim,Abu Daud,An-Nasai dan Ibnu Majah).

Syaitan mencelak mata.
Syaitan akan mencelak mata para pendengar ceramah agama atau khutbah supaya para pendengar akan tertidur dan leka tidak menghayati apa-apa yang dikatakan oleh penceramah.

Syaitan mengincu bibir.
Syaitan akan mengicu bibir para pendengar ceramah supaya dapat berbual-bual dengan temannya dan dapat mengeluar kata-kata kesat.

Syaitan akan mengetuk para pendengar ceramah dengan tongkatnya agar dapat membuat bising dan tidak akan duduk diam,disamping membuat kacau dan kekalutan.

Banyak lagi propaganda yang telah dilakukan oleh syaitan untuk menyesatkan manusia supaya tidak dapat manusia itu berpaut kembali kepada tali akidah dan ajaran Allah yang tulus dan benar.Manusia diingatkan agar behati-hati menjalani kehidupan ini agar tidak terpedaya dengan dakyah-dakyah syaitan.



Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Katakanlah(Wahai Muhammad):"Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.Yang Menguasai sekalian manusia,Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik,penghasut yang timbul tenggelam,yang melemparkan hasutannya ke dalam hati manusia,(iaitu pembisik dan penghasut)dari kalangan jin dan manusia."
(Surah An-Nas:ayat 1-6) Al-Quran



  Demikian sahaja entri saya pada kali ini.Renung-renungkan lah.Tepuk dada tanya IMAN!

Saturday 26 February 2011

Salam Pengenalan

Bismillahirrahmanirrahim,
Salam Pengenalan dan Salam 1 Malaysia

  Macam mana ek saya hendak  memulakan perbicaraan?Ok lah, tulis sahaja apa-apa yang ada dalam kepala otak ini.Sebelum saya membuat blog 'UKHUWAH ISLAMIAH' saya hanya membaca blog dan tidak timbul keinginan dihati saya untuk membuat blog.Lebih kurang 1 bulan lepas,saya mendapati kakak saya dan juga ramai teman-teman saya yang sudah mempunyai blog.Selepas membaca blog mereka,timbul perasaan ingin membuat blog sendiri.Pada mulanya saya meminta tunjuk ajar daripada kakak saya tetapi dia mengatakan bahawa dia sibuk dan tidak sempat mengajar saya.Jadi dengan itu saya mengambil inisiatif sendiri untuk membuat blog saya sendiri.Alhamdullilah,akhirnya selepas mencari cara untuk membuat blog akhirnya saya berjaya membuat blog sendiri.

  Jadi itulah sedikit sebanyak muqaddimah dari saya.Semoga anda semua seronok dan suka untuk membaca entri-entri di blog saya.