Sunday, 16 September 2012

Manusia berjaya , manusia yang berusaha .


Dahulu , semasa akal ini masih cetek , otak masih sejuk dan sukar membuat penilaian dengan teliti , saya sering inginkan sesuatu dengan mudah . Tidak mahu berusaha dan terus mengharap . Barangkali ketika itu saya fikir , segalanya mudah untuk dicapai . 

"Aku nak jadi kaya-raya lah"
"Aku nak kereta besar lah"
"Aku nak jadi orang hebat"
"Aku nak masuk syurga . Mesti best!"

Terperangkap dalam angan-angan , tiada tindakan yang saya ambil . Terus menerus meluahkan apa yang diinginkan tanpa ada rasa hendak berusaha . Masih lagi leka , dbuai mimpi indah yang tidak berkesudahan . Apabila otak saya diketuk dek impian-impian yang diingini tidak tercapai , saya tersedar . 

Pada mulanya saya menyalahkan takdir , kenapa itu-ini yang saya mahu tidak dilunaskan . Waktu itu , terserlah kejahilan saya . Dengan membabi-buta menyalahkan sesuatu yang tidak patut .  Saya hampa , kecewa tanpa sebab pun sebenarnya . Haha . 

Dan apabila sudah meningkat dewasa , di situ saya mula sedar . Mengapa Allah tidak mengabulkan impian-impian yang saya ingini ? Mengapa segala yang saya mahu tidak dapat dikecapi ? Mengapa ? 

Akhirnya saya sedar , satu elemen yang saya lupakan untuk memperoleh hajat yang selama ini diimpikan ibarat ramuan penting untuk menghasilkan kek yang paling sedap . Apabila diteliti kembali , elemen itu bukan sekadar pelengkap tetapi merupakan "pokok" bagi segala sesuatu hajat . 

Usaha . 

Usaha itulah kuncinya.

"Aku tidak banyak usaha" . 

Waktu itu , apabila segalanya telah terungkai , baru saya sedar . Saya kurang berusaha . Saya tidak berusaha untuk mencapai hajat saya itu . Hanya berharap dan tiada tindakan yang diambil . Maka , segalanya tiada beza dengan perkataan "rugi" . Kita perlukan usaha . 

Ya ! Itu lah kuncinya , usaha . 

Segalanya bermula dengan usaha . Daripada sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara . Lihat sahaja manusia yang paling agung di dunia yakni Rasulullah , beliau memerah kerigat , bersusah payah dan berpenat lelah sewaktu dalam proses menyampaikan dakwah kepada masyarakat Jahiliyah . Setiap waktu dikerah pelbagai formasi serta idea , cara bertutur yang paling indah untuk disebarkan kepada menduduk mekah bagi menarik mereka masuk serta menganuti agama Islam . Baginda bertungkus lumus , menggencarkan usaha untuk Allah , untuk agama yang dicintai dan untuk umat manusia . 

Nampak tidak ? Rasulullah tidak menyampaikan usaha dakwahnya dalam ruang lingkup yang kecil , yakni semata-mata duduk dan memberikan ceramah kepada sesiapa yang ingin mendengarnya . Tidak . Rasulullah berusaha walaupun dirinya diancam oleh musyrikin mekah yang rimas dengan kehadiran baginda . Beliau tidak berhenti walau sejenak walaupun telah ditawar pelbagai kemewahan dunia . Indah sementara , siksa selamanya .  Baginda tidak mengalah dan terus menyampaikan "baiah solehah" agar kita , umatnya kelak dapat menghuni sebaik-baik tempat menghuni yakni Syurga . 

Tanpa usaha , harapan hanya tinggal harapan . 

Secara analoginya , 

Anda ingin makan . Makanan sudah terhidang di depan mata tetapi anda hanya merenung makanan tersebut . Tiada usaha dilakukan . Tercapai kah matlamat anda untuk makan ? 

Tidak bukan ? Maka , mengapa kita tidak mahu untuk berusaha ? Bukankah kudrat yang dikurniakan Allah ini boleh digunakan sehabis-mungkin ? Mengapa hanya terus mengharap dan mengharap ? Masakan ia akan berjaya ? 

Kita tentukan hidup kita sendiri , bukan siapa-siapa .



Allah juga ada berfirman :
"Tidak akan berubah nasib sesebuah kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri" 

Lihat ? 

"The choice is in our hand" 

Pilihan ditangan kita . Kita yang tentukan matlamat hidup kita , apa yang ingin kita capai dan sebagainya . Seperti yang kita tahu , kita cuma punya satu sahaja tempat penggantungan yakni Allah S.W.T . Hanya kepada Allah kita boleh bergantung dan pasrah atas segala-segalanya . Akan tetapi , seperti yang ditunjukkan dalam firman daripada kalamNya , Allah S.W.T tidak akan sesekali mengubah nasib diri kita melainkan kita sendiri . Kita yang tentukan nasib kita , mahu berjaya ataupun tidak ? Apa-apa sahaja yang kita mahu , perlu atau miliki , kita yang tentukan . Kendatipun kalian ingin melakukan kezaliman , kalian sendiri yang tentukan . Tetapi , perlu disertakan dengan usaha . Baru segalanya yang dirancang akan terlaksana jika diizinkanNya . 

Maka , jelas sudah ? Kita tentukan hidup kita . Tiada yang boleh menghalang . Segalanya bermula daripada kita . Kita sendiri menjadi "asbab" ataupun punca di mana kita berada , berdiri megah di puncak kegemilangan ataupun tunduk malu di dataran kegagalan ? Oleh itu , "mind set" kembali otak kita , renungi kembali di mana kita berada dan bangun bangkit mengubah diri . Kalian mahukan yang terbaik , kita semua mahukan yang terbaik untuk diri kita . Justeru , tiada apa lagi yang boleh saya bilang kecuali berusaha lah . 

Seperti yang kita ketahui , ramai diantara kita yang hanya reti berserah tanpa ada sekelumit rasa nurani untuk berusaha . Mereka lebih gemar menunggu sesuatu itu datang . Mereka tidak mahu berusaha . Apa yang saya dapat konklusikan daripada mereka , mereka menyangka apabila sesuatu sudah ditakdirkan untuk mereka , maka dengan senang-senang mereka akan memilikinya . Walhal takdir itu berada di hujung tindak tanduk manusia . Jika kita berusaha , bukan sahaja apa yang ditakdirkan itu kita dapat , malahan Allah beri lagi dan lagi . 

Ada juga segilintir insan yang menyedari kesilapan serta dosa-dosa lalu yang ingin berubah , tetapi mereka hanya berkata seperti ini :

"Aku tahu aku jahat . Aku nak berubah tapi aku masih belum dapat hidayah"
"Aku belum dapat seru . Dah dapat nanti aku berubah lah"

Allahu Akhbar ! 

Apabila mendengar sahaja kata-kata ini diluahkan atau dibicarakan di laman sosial seperti Facebook , tiba-tiba hati ini menjadi panas . Seolah-olah dicucuh oleh besi panas tepat ke dada . Seolah-olah diri ini diperkotak-katikkan . Terasa seperti darah muda kembali menggelegak . Sakit hati , marah pun ada . Tapi bila difikir kembali , tidak perlu rasa marah-marah , maki hamun segala kepada mereka . Mungkin itu ujian untuk dai'e-dai'e diluar sana . Allah punya asbab untuk segala yang dilakukan olehNya . 

Tetapi itu bukan point yang saya ingin perkatakan . Apa yang saya ingin katakan adalah , walhal jika kita ingin berubah kepada kebaikan , kita perlu berusaha mencari alternatif untuk berubah . Bukan hanya "menunggu seru" tanpa bergerak mengubah diri . Tanggapan negatif ini harus diubah . Nampak kecil , tetapi besar impaknya jika dibiarkan . Banyak cara yang kita boleh lakukan sebagai "permulaan"untuk kita berubah seperti turut serta mengikuti kuliah-kuliah ilmu , terjun dalam susana biah solehah serta mendampingi orang-orang beragama . Usaha dan terus berusaha . 

Bukan hanya berserah , berharap tanpa ada usaha . Kesemuanya harus seimbang . Baru berjaya , InsyaAllah . 

Maka ? alasan apa lagi yang kita boleh guna untuk tidak berusaha ?

Mereka yang gemar memberikan alasan adalam mereka yang pengecut . Bacul untuk menghadapi situasi-situasi getir bagi memajukan diri . Mereka tidak berani mengambil risiko dan terus berada dalam "comfot zone" yang dianggap indah , tetapi terlalu hampir kepada jurang kemusnahan . Mereka merasakan , apa yang perlu dibuat adalah dengan berharap serta berdoa . Cukup sekadar itu . Ada juga segelintir mereka yang ingin menutup pekung di dada mengatakan bahawa mereka yang berusaha adalah orang-orang yang bodoh kerana segalanya telah diatur dan ditakdirkan oleh Allah untuk kita . Walhal mereka tidak tahu , bayaran untuk takdir kita adalah usaha yang berterusan . 

Tawakal itu juga penting . Sama seperti berdoa , kita perlu bertawakal kepada Allah . Tetapi ramai yang menyalah tafsirkan maksud sebenar tawakal . Tawakal itu adalah berserah kepada Allah atas sesuatu yang telah kita kerjakan . Bukan dengan tidak semena-mena terus bertawakal kepada Allah . Itu silap . Cara pemikiran serta olahan tersebut jauh menyimpang daripada makna sebenar Tawakal itu . Ada yang lebih teruk , siang malam berdoa kepada Allah tetapi langsung tidak mahu berusaha kearah apa yang dihajati . Doa itu juga usaha , benar dan tidak dinafi . Akan tetapi , usaha yang dimaksudkan adalah usaha yag perlu dilakukan untuk mencapai sesuatu hajat itu . Usaha dalam bentuk kerja . Ya , itulah usaha yang sebenarnya . 

Jadi , ke mana lagi kita hendak lari ? 

Face it ! 


"Fool people hopes for better future . Great man works hard and create his own future" 

Nampak tidak perbezaannya ? 

Ramai orang pandai untuk berharap . Tetapi apakah ramai orang yang berusaha untuk mencapai apa yang diharap ? 

Adakah kalian fikir kesemua tokoh yang berjaya itu hanya duduk goyang kaki dan hisap rokok di rumah , mereka bisa berjaya ? Adakah kalian fikir , mereka hanya mengeluarkan beberapa titis peluh , mereka bisa berjaya ? 

Mereka berusaha . Daripada awal sehingga mereka menempa nama dan diterima oleh rakyat . Mereka tempuhi banyak rintangan , tetapi mereka tidak mengelak . Setiap satu rintangan dihadapi , dirungkaikan dengan penuh hati-hati dan teliti . Tidak penah mengeluh apatah lagi jenuh . Usaha usaha dan terus berusaha . Pengakhirnnya , kejayaan yang diimpi selama ini datang dan dapat dinikmati dengan penuh kesyukuran dek kerana bayaran yang jerih untuk memperolehinya . 

Alasan apa lagi yang ingin kita beri ?



Alasan apa lagi ? 

"Aku bodoh , macam mana nak berjaya"
"Aku miskin , mustahil boleh berjaya"
"Aku cacat , tak mungkin boleh jadi hebat"

Di sini saya ingin menekankan , manusia itu dicipta untuk menjadi khalifah . Makhluk paling agung di muka bumi ini . Dan semestinya sebagai seorang yang hebat , sudah tentu Allah telah mengurniakan kita kelebihan untuk mentadbir bumi . Masakan kalian fikir kalian tidak boleh ? Kalian sebenarnya boleh . Kita semua boleh . Akan tetapi , usaha itu yang penting . Kalian fikir kalian bodoh ? Mengapa terus meratapi kekurangan itu tetapi tidak berusaha untuk menjadi bijak ? Kalian miskin ? Mengapa kalian tidak terus berusaha memikir usaha , mengerah idea serta bersusah payah untuk memperbaiki kehidupan kalian ? Kalian cacat ? Mengapa kalian tidak berusaha untuk menutupi kecacatan itu dengan pencapaian yang hebat dalam sesuatu bidang yang kalian boleh ceburi ? Ramai boleh melakukannya . Kerana apa ? 

Mereka percaya dan mereka usaha . 

Itu kuncinya .

Allah itu Maha Adil . Adilnya bukan adil manusia . Adilnya melebihi segala . Dia tahu potensi diri dan kelemahan kita . Setiap makhluk yang dicipta olehNya , punya kelemahan dan kelebihan . Itu lumrah . Kerana kita hanyalah makhluk , ciptaan yang lemah dan tidak sempurna . Justeru , yang paling penting adalah untuk mensyukuri nikmatnya dan kekal berusaha dari semasa ke sesama . 

Kita semua boleh . Lihat sahaja tokoh-tokoh terkemuka dunia . Kebanyakan mereka , bukan . Hampir 80% tidak datang daripada keluarga yang kaya-raya , bagus-bagus dan hebat belaka . Mereka masih boleh berjaya . Ramai manusia yang mengkagumi mereka . Ramai manusia ingin mencontohi mereka . Mereka ibarat "role model" kepada seluruh manusia .  Tetapi apa kuncinya ? Bagaimana mereka boleh berjaya dengan jayanya ? 

Mereka berusaha . 

Mulakan langkah sekarang . 

Setiap langkahan kita , kita gencarkan usaha untuk berjaya . Setiap tutur kita , kita kerahkan otak kita untuk memikirkan idea untuk berjaya . Setiap perbuatan kita , kita selitkan sedikit perbuatan jariah untuk membuka ruang Allah untuk memberi kesenangan kepada kita . Maka di situ , bukan sahaja usaha yang kita telah lakukan , bahkan mendapat kebaikan sampingan serta memendekkan masa untuk mencapai matlamat kita . Mudah bukan ? 

Bergerak lah sekarang . 

Gencarkan usaha sebanyak yang boleh . Istiqomah . Saya yakin , bahkan saya pasti bahawa dalam perjalanan kita hendak menuju matlamat kita itu , akan terdapat banyak rintangan yang datang menghalang . Terlalu banyak liku-liku yang perlu dielak . Ingat , "bayaran" tersebut pasti akan berbaloi setelah kejayaan berjaya dimiliki . Saya yakin . 

Tetapkan matlamat anda . 

Ingat ! "Nothing is impossible"

Usaha itu ibarat kunci . Kunci kepada segala kemewahan dan kesenangan dunia . Jika tiada kuncinya , mustahil akan terbuka peti-peti yang menyimpan khazanah tidak ternilai itu . Kunci tersebut bukan mudah untuk dicari , walhal jika dicari banyak . Tidak mustahil . Tetapi anda yang tentukan . Diri anda , matlamat anda , kejayaan anda . Anda tentukan !

Come on ! It's start from yourself . 




Semoga Allah Redha ^^

Segalanya yang baik datang daripada Allah , dan yang buruk juga datang daripada Allah tetapi atas kekhilafan diri saya . 

Hanya perkongsian untuk semua . Assalamualaikum .



Saturday, 15 September 2012

Berhemah itu cara kita . Cara Islam .


Rasulullah SAW

Baru-baru ini kecoh di seluruh dunia akan video "Innocence of Islam" yang telah menghina Rasulullah SAW  . Amat biadap , jijik , tiada nilai sensitiviti antara agama . Itu luahan kekesalan saya terhadap mereka . Seperti yang kita tahu , sewaktu hidupnya baginda SWA memang tidak disenangi oleh kaum musyrikin . Mereka bermatian hendak melenyapkan baginda daripada dunia . Tidak cukup pelbagai sogokan serta kemewahan yang diberikan , malahan juga rencana-rencana untuk membunuh baginda SAW juga telah diatur dengan rapi . Walaupun sudah lebih 1400 tahun berlalu , manusia-manusia yang bergelar kafir ini masih tidak serik ingin mencemarkan nama baik baginda SAW . 

Pada tahun ini pula , dengan terbitnya filem "Innocence of Islam" maka meletuslah kemarahan umat-umat Islam di serata dunia . Ramai yang bangkit menentang , tidak kira di mana , semua umat Islam tidak berdiam diri dan hanya duduk termenung , menonton tanpa rasa apa-apa akan hal ini . Setiap jiwa yang masih ada rasa cinta terhadapnya , meruntun apabila melihat dirinya dipelakukan sedemikian . Tidak henti-henti spekulasi yang diterima walaupun baginda telah lama wafat . 

Ya . Kita memang layak marah . Mereka telah hina kekasih kita ! Kekasih Allah SWT ! Mereka tanpa segan silu mengutuk serta mencerca Rasulullah . Maka memang sewajarnya kita tidak boleh berdiam diri . Bangkit menentang ! Mereka terlalu kurang ajar , tiada sekelumit pun rasa untuk menghormati baginda , menghormati agama lain . Dengan sesuka hati mengutuk , mencerca serta memfitnah baginda yang kita sayangi . 

Akan tetapi , balaslah dengan berhemah . Bukan dengan melemparkan kata-kata kesat , mengutuk sana-sini , serta melakukan demontrasi yang terlampau ekstrim . Membantah penghasilan filem tersebut dengan cara yang terlampau kasar dan tidak bermoral . Tidak . Itu salah . Kita bukan seperti mereka . Itu cara mereka , cara kita lain . 

Apakah kalian fikir Rasulullah gembira melihat umat-umatnya mempertahankan dirinya dengan cara yang tidak baik ? 

Apakah kalian fikir Rasulullah akan bangga melihat umat-umatnya mempertahankan dirinya dengan memaki hamun pihak yang terlibat ? 

Apakah kalian fikir tindak tanduk kita itu membanggakan Rasullulah ? 

Apakah strategi kita , idea kita yang terlampau ekstrimis itu disukai dan digalakkan oleh baginda ? 

Apakah kalian fikir agama kita akan tertegak semula dan spekulasi yang dilontarkan kepada baginda akan berhenti dengan cara kita yang ekstrim tu ? 

Sudah semestinya tidak . Itu bukan caranya . 

Cara kita , cara yang berhemah .

Berhemah . Itu lah cara kita . Itulah cara yang telah diajar oleh Rasulullah semasa waktu hidupnya . Beliau tidak pernah walau sekali menggunakan bahasa atau perbuatan yang kasar dalam menyampaikan dakwahnya . Hanya kasih sayang , rasa cinta serta prihatin yang dipupuk membuatkan ramai yang ta'ajub serta tertarik akan keperibadian baginda serta memeluk agama Islam . Baginda amat menitik beratkan hal berhemah . Berhemah itu tidak kenal masanya , tidak kenal siapa dan tidak kenal tempat . Ia adalah elemen yang melengkapi diri , jiwa nurani seorang hamba Ilahi . 

Maka , mengapa kita melakukan sebaliknya ? 

Mengapa bukan cara Rasulullah yang kita guna jika benar kita sayangkan baginda ? 

Mengapa kita tidak gunakan nilai-nilai murni untuk balas kembali perbuatan mereka ? 

Mengapa perlunya menggunakan kata-kata kesat , demontrasi sana sini ? 

Ingin menunjukkan kemarahan kita ? kesedihan kita ? 

Jika benar , ini bukan caranya !

Rasullulah sewaktu giat menjalankan operasi dakwahnya , ketika itu di Thaif . Baginda tidak diterima baik oleh penduduk di situ . Malah baginda telah dihalau dengan cara yang kasar serta dimaki hamun . Tidak cukup dengan itu , keluarnya baginda daripada tanah Thaif , telah dikelilingi baginda kanak-kanak yang siap sedia membaling batu kepada baginda . Baginda mengalami kecederaan yang parah sehinggakan bajunya bertukar merah dan capalnya seolah telah digam bersama kakinya kerana darah yang tidak henti-henti mengalir . Sehinggakan malaikat sendiri marah dan ingin menghancurkan mereka dengan meneterbalikkan gunung . Akan tetapi , dihalang oleh baginda . Dengan tutr kata yang lembut baginda berkata " Tidak perlu . Mungkin nanti mereka akan terima juga hidayah daripada Allah" . 

Lihat . Begitu mulianya beribadi dan akhlak baginda . Baginda bukan calang-calang orang dan itu lah yang membuatkan baginda menjadi manusia paling agung di muka bumi ini . Kita juga perlu mengikut cara yang ditunjukkan baginda , cara yang paling halus dan berkesan . Hemah . 

Kita perlu berhemah . Menyantuni mereka kembali walaupun setelah apa yang mereka lakukan . Hemah itu ibarat cetusan kuasa ghaib yang dapat membolak-balikkan hati seseorang . Perlakuannya mudah , tetapi impaknya besar kepasa sang penerima . Orang yang berhemah , kataya mudah diterima , perilakunya disenangi dan tindak tanduknya dihormati . Benar . Mungkin kita terlalu marah atas perbuatan mereka tersebut . Tidak salah . Marah lah . Tetapi ada caranya . 

Cara kita , cara berhemah . 

Gunakan setiap kemudahan yang ada untuk membalas balik perbuatan mereka , tetapi ingat , berhemah lah kalian . 

Banyak medium yang boleh kita lakukan untuk menyerang mereka kembali . Bukan dengan melancarkan provokasi , propaganda mahupun ugutan . Akan tetapi , dengan menjelaskan kembali kepada mereka "siapa itu Rasulullah" . Kita pakat-pakat , buat video mahupun cerita sebenar tentang Rasulullah kepada mereka . Bukankah itu lebih baik ? Menghulurkan bung walaupun telah diberikan tahi . Memang perit . Tetapi natijahnya amat besar nilainya . 

Umat Islam , umat terhebat . 

Kita adalah umat Islam . Kita menganut agama yang benar , tiada yang benar selainnya . Kita punya seorang Rasul yang tiada tolok bandingnya antara semua makhluk . 

Kita adalah umat terhebat . Dan umat terhebat semestinya mempunyai akhlak yang hebat dan terpuji . 

Maka , jangan pernah kita persia . Jangan pernah kita cemarkan kehebatan Rasululah serta agama kita dengan cara kita yang salah . 

Kita boleh marah , kita boleh menyatakan tidak kepuashatian kita . Tetapi dengan cara yang terhebat . 

Bagaimana ? berhemah lah ^^

-----------
Sedikit coretan Akhi Hilal . 

Cerpen : Sewaktu Engkau Menghina Rasulullah Aku . 


Sunday, 19 August 2012

Syawal : Bersyariat itu lebih indah


Syawal . Bulan untuk kita meraikan kemenangan bermujahadah melawan nafsu sewaktu menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan . Setelah hampir sebulan kita melepasi dan mengekang nafsu-nafsu kita , maka pada bulan Syawal kita meraikan kejayaan kita . Seluruh umat islam di dunia meraikannya . Bulan Syawal adalah bulan kegembiraan , di mana umat islam bergembira bersama keluarga , sanak saudara dan rakan taulan . 

Dan seperti mana hendak menyambut sesuatu perayaan , semestinya ramai diantara kita yang sudah membuat persediaan yang lengkap . Segalanya sudah diatur dengan sempurna , sebaik-baiknya ingin semuanya kelihatan lengkap tanpa cacat cela . Ya , perkara ini tidak dilarang oleh islam . Akan tetapi , apa yang menjadi masalah di sini adalah apabila menyambutnya , banyak pembaziran yang berlaku . Apabila perkara ini berlaku , baru lah perlu diperbetulkan oleh kita . 

Bukan hanya pembaziran , tetapi banyak perkara-perlaka yang terlarang dilakukan pada musim perayaan ini kebiasaanya . Maka , kita tidak boleh berdiam diri sahaja dan membiarkannya terus berlaku dan menular pada generasi yang lebih muda . Elakkan selagi boleh , dakwak lah selagi mampu . 

Elakkan TABARRUJ (Melampau-lampau)

Tabarruj . Dalam erti kata lain perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai , tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat) . Acap kali kita lihat , kebanyakan umat islam di Malaysia , ramai di antara kita yang melampau-lampau dalam berhias bagi golongan wanita . Memakai pakaian yang terlalu mahal , berkilat-kilat dan memakai gelang sampai ke bahu . Adakah cara tersebut cara yang benar untuk berhias ? Apakah faedahnya hendak memperlihatkan terlalu banyak perhiasan kepada umum ? Mengharapkan pujian dan sanjungan ? Berasa megah dan hebat ? Berbaloikan semua itu ? 

Sebenarnya , tidak salah untuk berhias . Akan tetapi , apabila sudah melampau maka ia adalah satu dosa . Kerana apa ? Kerana berlakunya pembaziran di situ . Padahal duit yang dilaburkan pada kesemua perhiasan-perhiasan terseut boleh digunakan untuk perkara lain yang jauh lebih berfaedah dan bermanfaat . Bukan sahaja mendapat pahala , malah ALLAH akan menggandakan berkali-kali ganda rezeki kita . Yang kedua , timbul rasa ujub dan riya' dalam diri . Ini yang bahaya . Apabila wujudnya rasa ini , maka kita akan menjadi seorang yang angkuh dan sombong . Maka , bukan sahaja kita dibenci oleh masyarakat sekeliling , ALLAH S.W.T pun tidak mahu menoleh lagi kepada kita . Nauzubillah . 


Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan” [TMQ An-Nur (24):31].

Cara berhias yang sebenar mengikut syara' adalah dengan sederhana . Boleh pakai cantik-cantik , tetapi tidak perlu lah mekap tebal-tebal , tudung berkilat-kilat , dan sebagainya . Memakai pakaian cantik itu sunnah , dan berhias juga sunnah . Tetapi , kena ada caranya . Yang penting , aurat diutamakan . Jangan disebabkan perayaan ini , kita membiarkan sahaja aurat kita tidak dijaga . Silap hari bulan , ALLAH murka akan kita . Maka ,berhati-hatilah dan berhiaslah dengan sederhana dan mengikut ketentuan yang ditetapkan oleh Ilahi .

Utamakan yang WAJIB 

Sinonimnya , apabila tibanya Syawal maka masjid-masjid akan dipenuhi oleh lautan manusia yang berpusu-pusu hendak menunaikan solat sunat Aidilfitri . Tidak dinafikan , solat tersebut tidak salah malah sunat muakad . Tetapi , apakah berbaloi kita teruja dan bersemangat hendak menunaikan solat sunat padahal yang wajib kita tinggalkan ? 

Mungkin tidak semua , hanya sebilangan sahaja yang tidak mengutamakan yang wajib terlebih dahulu seperti solat subuh pada hari tersebut serta membayar zakat fitrah . Keberangkalian mereka juga tidak menunaikan solat zuhur kerana terlalu asyik menziarahi saudara-mara . Tidak salah melakukan amalan menziarahi , tetapi apabila mengabaikan perkara yang utama , yang wajib , ia adalah satu kesalahan dan dosa yang besar . Mungkin kita tidak melakukannya tetapi , kita tidak boleh biarkan perkara ini terus menular dan merebak kerana akan mendatangkan masalah serta penyakit yang sukar disembuhkan , penyakit "HATI" . Apabila sudah leka dan lalai , amalan dan suruhan Ilahi yang wajib juga ditinggalkan , maka apakah wajar kita tidak membimbing mereka kembali ? Maka , ayuh kita sama-sama gencarkan usaha dan terus menerus berdakwah kepada mereka . 

Info tambahan (meninggalkan solat) :

                                   SIKSAAN KETIKA HIDUP DI DUNIA
                                   1. Allah mengurangkan keberkatan umurnya . 
                                   2. Allah menyempitkan pintu rezekinya
                                   3. Tidak dihiraukan oleh ALLAH
                                   4. Hilang cahaya daripada wajahnya
                                   5. Amal kebajikannya sia-sia 

                                   SIKSAAN KETIKA HENDAK MATI
                                   1. Akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina dina . 
                                   2. Matinya dalam menderita kelaparan
                                   3.Matinya dalam keadaan sangat haus 
                                   
                                   SIKSAAN KETIKA DI ALAM KUBUR
                                   1. ALLAH akan menyempitkan kuburnya
                                   2. Kuburnya menjadi gelap gelita
                                   3. Dosanya tidak diampuni oleh ALLAH dan diseksa sekeras-kerasnya

                                   SIKSAAN DI PADANG MASYAR
                                   1. Dielenggu dan diseret ke padang masyar .
                                   2. ALLAH tidak mengampuni dosa-dosanya walau sekecil zarah . 
                                   3 . Dicampak dengan hina ke dalam api neraka . 
                                   


Mungkin mereka sedar , mungkin juga tidak . Itu cerita kedua . Yang penting usaha kita untuk membimbing mereka menuju jalan RedhaNya supaya sama-sama mengecapi bahagia di alam sana . 

Mengikut syariat lebih baik dan indah




Disimpulkan kesemuanya disini , ikutlah syariat . Jauh lebih baik , jauh lebih bermanfaat dan jauh daripada tergelincir daripada landasannya . Untuk melaksanakannya tidak susah , hanya bergantung pada diri kita sendiri , adakah aku mahu ataupun aku tidak mahu ? 

Maka , dengan bersyariat bukan sahaja sambutan perayaan kita akan menjadi leih meriah dan baik , kehidupan kita sehari-hari akan dilindungi dan dijaga sepenuhnya olehNya . 

Ingat , tidak semua yang kita suka itu baik untuk kita dan tidak semua yang kita benci buruk bagi kita , 

ALLAH lebih mengetahui , Dia Maha Kuasa . 

Salam Aidul Fitr . Semoga hidup anda semua diberkati dan dilimpahkan rezeki yang luas ^^





Saturday, 18 August 2012

Perihal segelas susu



           "Kerepek ! Kerepek ! Siapa mahu beli kerepek !" laung Ahmad . Seperti kebiasaanya Ahmad menjaja kerepek di sekitar kawasan perumahan . Hampir setiap hari Ahmad melakukan aktiviti tersebut . Dia menolong ibunya untuk menyara kehidupan mereka sehari-hari . Ahmad dilahirkan dalam keluarga yang sederhana , tidak terlalu susah dan tidak terlalu mewah . Akan tetapi , semenjak kematiannya ayahnya setahun lepas , hidup mereka terus berubah . Ibunya terpaksa mengikat perut mencari nafkah untuk keluarganya dengan hanya menyiapkan tempahan baju dan menjual kerepek . Kehidupan mereka sangat daif , sehinggakan Ahmad terpaksa berhenti sekolah demi membantu ibunya walaupun umurnya baru sahaja mencecah 11 tahun . Dia tiada pilihan . Takdir Ilahi tidak melemahkan semangatnya , tetapi terus kental menghadapi ujian-ujian yang datang menghalang . 

         Ahmad terus berjalan dari satu rumah ke satu rumah . Laungannya masih kedengaran . Dia masih belum mahu mengalah walaupun matahari sudah berdiri tegak di atas kepalanya . Jualannya hari ini masih belum laku . "Ya Allah , kau permudahkan aku" rintih Ahmad . Setelah penat menjaja , Ahmad berhenti berehat di bawah sebatang pokok . "Ya Allah , panasnya hari ini" kata Ahmad sambil mengelap keringatnya . Dia berasa haus . Dia bingkas bangun lalu menuju ke sebuah rumah yang berada di hadapannya . Kelihatan seorang wanita dalam lingkunan 20-an sedang menyapu sampah di kawasan halaman rumah tersebut . Kehadiran Ahmad tidak disedari olehnya sehingga lah Ahmad menegurnya . 

         "Assalamualaikum kakak" Ahmad memulakan kata-katanya . Wanita tersebut yang dikenali sebagai kak leha menoleh . "Waalaikumsalam adik . Ada apa-apa yang akak boleh tolong?" balas kak leha sambil mengukir satu senyuman . Ikhlas senyumannya . "Boleh tak saya minta segelas air , akak ? Saya kehausan" pinta Ahmad dalam keadaan malu-malu .  Kak leha berasa kasihan , melihatkan keadaan Ahmad yang kepenatan serta pakaiannya yang agak lusuh . "Adik duduk dulu ya ? Akak masuk ambil air dulu" sahut kak leha dan terus meluru masuk ke dalam rumah . Tidak sampai seminit , kak leha kembali dengan membawa segelas susu dan diberikan kepada Ahmad . "Minum lah ya , mesti adik kehausan" kata kak leha sambil melabuhkan punggungnya lalu duduk di sebelah Ahmad . Dilihatnya anak kecil tersebut minum dengan agak rakus . Hati kecilnya dijentik , kasihan . Tanpa disedari , kelopak matanya bertakung tetapi cepat-cepat diseka . Hati manakah yang tidak sedih melihat keadaan anak kecil itu ? Kak leha bermolonog .

          Usai minum , Ahmad terus menoleh ke arah kak leha dan melemparkan senyuman kepadanya . "Terima kasih akak!" kata Ahmad lalu bingkas bangun . Dia menyeluk sakunya dan mengeluarkan beberapa keping duit syiling . Kak leha kehairanan dengan perbuatan Ahmad . Ahmad menghulurkan duit tersebut seraya berkata " Kak , ini saja yang saya ada . Mak saya melarang saya meminta-minta daripada orang lain . Jadi saya ingin membeli minuman tadi" . Kak leha terharu . Empangannya sudah tidak dapat ditahan lagi . Kak leha terus mendakap Ahmad dengan penuh rasa kasih lantas dan mengusap lembut kepada Ahmad lalu berkata "Tidak mengapa adik , akak belanja" . 

          Hatinya menjadi semakin sayu apabila mengenangkan nasib Ahmad . Ahmad telah menceritakan kisahnya kepada kak leha . Apakan terdaya , kak leha tidak mampu untuk membantunya kerana dia juga bukannya orang yang senang dan masih lagi belajar . Hanya mengharapkan bantuan daripada ibu bapanya sahaja . Kak leha lantas menadah tangan lalu berdoa kepada Sang Pencipta " Ya Allah , aku mohon kepada mu , kau bantulah anak kecil itu . Kau perluaskan rezekinya , untuk kebahagiaannya Ya Allah . " Sekali lagi , air matanya jatuh berjurai-jurai . Dia hanya boleh mengharap , semoga Allah mengkabulkan doanya itu . 


----------------------------------
          Setelah 20 tahun , kak leha hidup bahagia bersama suaminya . Dia dikurniakan 6 cahaya mata setelah berkahwin dengan suaminya 15 tahun lepas . Akan tetapi , kak leha telah dimasukkan ke dalam ICU kerana kegagalan buah pinggangnya untuk berfungsi . Di hospital tersebut , dia telah dirawat dengan rapi sehingga lah dia sembuh kembali . Setelah sembuh sepenuhnya , kak leha telah dibenarkan untuk pulang ke rumah . Akan tetapi , dia merasa runsing kerana kos pembedahan dan rawatannya mececah puluhan ribu ringgit ! Dia tidak mampu membayar semua kos itu . Hatinya sedikit hampa dan gelisah . 

          Sewaktu kak leha dan keluarganya mengemas barang untuk pulang , dia telah didatangani oleh seorang jururawat . Jururawat tersebut memberikan sepucuk surat kepadanya . Kak leha kehairanan lalu berkata "Surat apa ini misi?" . Jururawat tersebut tersenyum lalu berkata kembali "Surat daripada doktor yang  merawat puan . Beliau menyuruh saya menyampaikan surat ini kepada puan." . Setelah itu , kak leha membuka surat tersebut dan apabila membacanya , beliau terus menangis . Tidak disangka olehnya , surat itu adalah daripada anak kecil tersebut . Dia meraa bersyukur dan terharu atas apa yang telah berlaku . Takdir Allah benar-benar cantik . Dia yang Maha Kuasa .

"Assalamualaikum kak . Semoga akak berasa lebih sihat dan gembira . Di sini saya ingin memberitahu bahawa semua kos pembedahan akak telah saya tanggung . Akak tidak perlu risau ya ? Semua ini saya lakukan kerana kebaikan akak memberikan saya segelas susu sewaktu ketika dahulu. Jasa akak akan sentiasa saya kenang

Moral of the story : Belajar lah untuk memberi . Apa yang kita berikan kepada seseorang dengan hati yang ikhlas , insyaallah akan dibalas oleh Allah suatu hari nanti . Sayangi lah orang lain seperti kita menyanyangi diri kita sendiri . Kita hidup , perlu bermuafakat supaya menjamin hidup yang lebih berkat . 



Salam Aidilfitri . Semoga Allah sentiasa Redha akan kita ^^

Saturday, 4 August 2012

Saat didatangi oleh Ujian Allah



Ujian . Ujian sinonim dengan kepayahan , kesusahan dan keperitan yang ALLAH berikan kepada hambaNya untuk menguji tahap ketaqwaan dan keimanan Hamba-hambaNya . Ujian yang ALLAH berikan pelbagai , seperti masalah keluarga , kesempitan wang , kematian dan sebagainya . Ujian yang Allah berikan berbeza mengikut tahap seseorang itu . Ujian juga datang daripada pelbagai bentuk tanpa mengira masa . Tiada manusia di dunia ini yang terlepas daripada ujian Allah . Setiap seorang daripada kita merasainya . Merasai diri diuji oleh Allah . Saya berani bersumpah , tiada seorang di dunia tidak tidak pernah walau sekali diuji oleh Allah S.W.T . Sedangkan kekasihNya , Nabi Muhammad SAW juga diuji dengan pelbagai ujian yang sukar , perit serta sakit .

Meneliti kembali sejarah baginda sudah membuktikan berapa banyak ujian yang Allah SWT berikan kepada Nabi Muhammad ? Daripada awal usaha dakwahnya , sehingga baginda diterima oleh masyarakat Jahiliyah ketika itu , tidak henti-henti masalah yang datang menguji . Begitu juga dengan para sahabat serta pejuang-pejuang agama . Mereka diuji dengan teruk , sehingga kita yang melihat terdetik di hati "mengapa mereka sanggup ya?" . Mengapa mereka sanggup padahal mereka boleh lari ? Mengapa mereka sanggup padahal mereka boleh menggunakan alternatif lain yang lebih selamat ?  Kerana mereka percaya , ma'rifah yang disediakan oleh Allah dihujung perjuangan itu . 

Akan tetapi , ramai di antara kita yang gagal dalam menempuhi ujian yang ALLAH S.W.T berikan . Ramai yang mudah berputus harap , kecewa serta hilang arah apabila diuji .Setiap ujian yang mendatang , mereka rasakan seperti dirinya sudah tiada harapan . Seolah-olah menunggu masa untuk dibaham harimau . Jika selamat , kaki tangan sudah diratah .Mereka menyangka bahawa harapan telah hilang dan masa depan telah lebur . Tiada yang tinggal untuk mereka kecuali penyesalan .  Mereka juga merasakan bahawa ALLAH S.W.T tidak adil , kejam dan tidak berhati perut kerana memberikan pelbagai jenis masalah kita kita .Ada juga segelintir yang sudah berputus harap ini , meminta bantuan selain dariNya seperti bertemu dukun atau sebagainya . Ada juga yang mengambil keputusan mudah yang akan membuatkan mereka sengsara selamanya tanpa mendapat walau secubit kasih Ilahi yakni dengan membunuh diri . Statistik telah menunjukkan , bilangan manusia yang membunuh diri semakin meningkat hari demi hari . Dan segalanya dikaitkan dengan masalah . Tetapi mengapa jalan itu yang diambil ? 

Nauzubillah ! Semoga kita semua dijauhkan daripada sifat ini . Amin . 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku.


Mereka juga seringkali mengatakan bahawa mereka sudah tiada harapan sedangkan apa yang mereka lalui adalah jalan pintas untuk ke Syurga !Mereka juga kebanyakan menyangka bahawa Allah SWT seolah-olah telah "meninggalkan" mereka dan memang tiada lagi walau sekecil ruang untuk mereka . Tanggapan tersebut mempengaruhi fikiran mereka sekaligus menjadikan mereka orang-orang yang rugi . Ini kerana ujian yang telah diberi bukan lah bermaksud Allah ingin meyiksa ataupun menzalimi kamu . Tidak . Bahkan Allah ingin memberikan kamu kenikmatan serta kemanisan dihujungnya . Memang terbukti ujian tersebut getir , tetapi hikmah yang menanti pasti tidak terduga dek akal . 

Saya juga tidak terlepas daripada ujian ini . Allah telah memberikan satu ujian yang sukar untuk saya hadapi . Saya sudah hampir berputus asa . Sudah tidak dapat melakukan apa-apa . Saya seperti dicampak ke lautan dusta dan berenang menuju pulau siksa . Segalanya gelap , seolah cahaya telah dihijab dan harapan telah lari serta ditinggal oleh impian yang menggunung . Ketika itu , saya rasa memang saya sudah tiada harapan . Ujian tersebut sangat getir dan perit . Jika digarap kesemuanya , kesakitannya ibarat dibunuh . 

Akan tetapi , saya tidak berhenti di situ sahaja . Tidak . Saya bangkit walau kedua belah kaki seolah dicabut . Saya mencari kembali semangat yang hilang serta angan-angan yang sembunyi . Bangkit dan tegak berdiri ! Langkah saya diorak dengan berhati hati , tutur kata sudah dirangka dengan kemas dan akal sudah diasah setajam keris Hang Tuah . Saya memulakan perjuangan baru . 

Kerna apa saya bangkit ? 

Kerna jika saya berhenti dan mengalah , jadi apa gunanya hidup saya ?

Apa gunanya angan-angan saya yang telah dipasang ?

Apa gunanya harapan menggunung kedua ibu bapa saya ?

Apa natijahnya ?

Apakah Allah akan meletakkan saya kedalam SyurgaNya ?

Apakah Allah akan Redha ?

Apakah Rasulullah akan mengaku bahawa saya ini umatnya ?  

Apakah nasib umat akan terbela ? 

Tiada . Disitu lah saya mengumpul tenaga dan bangkit . Bukan mengalah dan meratapi nasib saya seperti orang kalah judi . Bukannya terus mengambil jalan mudah dengan membunuh diri . Bukannya dengan meminta bantuan selain Ilahi . Bukannya menguburkan segala impian yang dihajati . 

Bukan .

Itu mereka yang rugi . Mereka yang tidak dapat merangka formasi untuk meloloskan diri daripada segalanya yang menghampiri , mengganggu laluan untuk berjaya . 

Maka dimana nilai hidupnya seseorang manusia itu ? 

Ujian itu bukan sahaja perlu ditangkis , bahkan kita patut mengambil iktibar daripada ujian tersebut . Memikir kembali salah silap kita , dosa-dosa kita serta keangkuhan kita kepada pencipta . Ujian itu lah ruang untuk kita menginsafi diri , mengubah cara hidup serta lebih mentaati Ilahi . Maka sebab itu saya menyatakan bahawa ujian yang Allah beri itu bukan perkara yang "kosong" malah banyak hikmah yang tersurat lagikan tersirat . Nikmat-nikmat yang menunggu kita juga tidak dapat diduga . Akan tetapi , bukan mudah untuk memilikinya . Maka ujian itu Allah sediakan , untuk menilai manakah HambaNya yang layak menerima "habuan" tersebut . Oleh itu , pasrah dan redha adalah jalan terbaik . 

Daripada Anas RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW, “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat. Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.”


Melatih diri untuk sabar dan cekal

Wahai teman , jika kita dilanda masalah yang berat , ingatlah bahawa ada hambaNya yang lain diuji lebih teruk daripada kita . Jika kita diuji dengan kemiskinan , ingatlah bahawa ada hambaNya yang tidak dapat menjamah walaupun sesuap nasi . Andai kita diuji dengan penyakit , ingatlah bahawa ramai lagi hambaNya yang diuji dengan penyakit yang jauh lagi merbahaya dan berisiko . Jika kita diuji dengan kematian , kalian rasa berapa ramai sahabat kita di Syria , Palestin dan lain-lain kehilangan keluarga ? 

Mengapa kita asyik mengeluh ? 

Sekali sekala , kita juga harus berhenti sejenak dan berfikir . "Allah berikan aku ujian . Allah juga berikan ujian kepada orang lain . Mengapa mereka boleh atasinya tetapi aku tidak ?" . Seperti yang saya katakan tadi , semua orang di dunia ini telah Allah uji . Tiada seorang pun terlepas . Maka , menapa kita terlalu banyak songeh ? Merungut sana sini seolah-olah hanya kita yang diuji ? 

Benar . Ujian memang menyakitkan . Ujian memang memenatkan dan menyiksakan . Ujian itu juga Allah berikan adalah untuk kita "membersihkan" kembali dosa-dosa kita . Merenung kembali kejahilan serta ketakburan kita yang melampau . Saya berani berkata bahawa seseorang itu penipu jika mereka mengatakan ahawa diri mereka "suci" daripada dosa . Mereka tidak melakukan kesalahan apa-apa . Bagaimana itu boleh berlaku ? Sedangkan hanya dengan merungut sahaja kita sudah mendapat dosa .

Teman , bersabarlah . Kerana janji ALLAH itu pasti ! Dia akan menganugerahkan kalian SyurgaNya yang abadi ! 

Maka , apa lagi yang perlu dinyesali ? 

Daripada Anas RA katanya, “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah telah berfirman, “Apabila aku menguji seorang hamba-Ku dengan mengambil dua benda yang amat dikasihinya sedangkan dia menerima dengan sabar dan ikhlas, nescaya aku akan memberi ganjaran syurga di akhirat kelak.“ Yang Rasulullah  maksudkan dengan dua benda yang amat dikasihi itu ialah dua matanya.

Daripada  Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Allah berfirman dalam hadis  Qudsi yang bermaksud, “tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya di dunia, kemudian dia mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan (orang itu akan mendapat balasan) syurga.”

Berdoa memohon pertolonganNya

Doa merupakan benteng mukmin . Dan mukmin yang sebenar akan berdoa kepada ALLAH apabila dirinya ditimpa masalah . Mereka tidak menyalahkan takdir dan terus memaki hamun Tuhan , tetapi tetap terus tersenyum dan pasrah menerima ketentuannya . Mereka tetap percaya , hikmah yang besar dan tidak diketahui tersembunyi untuk mereka pada masa akan datang . Dan mereka pasti akannya ! 

Doa juga ibarat senjata . Senjata yang tidak perlu dihunus untuk membunuh , atau diasah untuk memancung . Hanya perlu menadah tangan , memohon serta merintih . Itu sudah cukup . Doa juga menjadi cara untuk kita melenyapkan kegusaran yang terpekung dalam hati , kesusahan yang membebani diri dan keadaan suasana yang menyiksakan . Doa adalah penghubung diri kita terus kepada Allah . 

Berdoa lah . Merintih . Memohon . Luahkan segalanya kepada Allah . Hanya Allah yang tidak akan jemu mendengar rintihan kita . Hanya Allah yang suka dirinya dirintah serta diingati . Itu kerana hanya Allah yang layak mempunyai nama sehebat Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi . 

Kita juga perlu akur akan kehendakNya . Tawakkal atas ujianNya setelah kita berusaha sehabis daya untuk menanganinya .

Bagi mereka yang berjaya mencapai tahap sebegini , merekalah Mukmin Sebenar ! 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud, Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga.



Akhir kalam , saya berharap agar kita semua hamba-hambaNya yang hina dina ini janganlah mudah mengibarkan bendera putih apabila diuji oleh ujian yang bertali arus oleh ALLAH . Tetapi terus bangkit untuk meraih  RedhaNya , SyurgaNya dan CintaNya !


Transformasi Diri #1



Siapa yang tidak ingin menjadi baik ? 
Siapa yang tidak ingin mendekatkan diri kepada ALLAH ?
Siapa yang tidak ingin menambahkan amalam-amalannya ? 

Jika soalan tersebut diajukan kepada penagih dadah sekalipun , saya pasti jawapannya adalah YA !

Tetapi , apakah usaha kita ? 
Hanya duduk diam sahaja dan terus-menerus berangan ataupun siap siaga bangkit dan berusaha ? 

Untuk mencapai sesuatu kita perlukan usaha . Sama juga jika kita ingin berubah , kita perlu berusaha . Tanpa usaha , sesuatu perkara yang kita ingin usahakan akan menjadi sia-sia dan tidak berguna . Hancur . 

Baiklah , pada entri kali ini saya ingin berkongsi serba-sedikit "usaha-usaha" yang boleh kita lakukan untuk men"Transformasi Diri" . 

1 . Sayangi ALLAH dan Rasulullah 
     
     Allah S.W.T merupakan pencipta seluruh alam . Dia lah yang Esa dan tiada sekutu bagiNya . Kita telah dijadikan olehNya dan diberikan pelbagai jenis nikmat-nikmat yang tidak terhitung banyaknya . Wajib bagi kita sebagai HambaNya yang hina dina patuh akan perintah-perintahNya dalam erti lain "Menyayangi" ALLAH . Mudah sahaja , lakukan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang ditegah . Begitu juga dengan kekasihNya , Nabi Muhammad S.A.W . Baginda telah banyak berkorban demi Islam , hadapi pelbagai onak dan rintangan . Baginda tidak pernah mengalah dan terus menerus berjuang untuk menaikkan syiar Islam . Maka , Sayangi ALLAH dan Rasulullah merupakan langkah awal ataupun "first step" untuk BERUBAH . Kita juga DIWAJIBKAN beriman dengan sepenuh hati kepada ALLAH dan Rasulullah . 

Rasulullah s.a.w bersabda: " Aku dikurniakan beberapa keistimewaan yang tidak pernah diberikan perkara-perkara itu kepada seseorang pun dari Nabi-nabi yang terdahulu daripadaku….; dan biasanya seseorang Nabi itu diutuskan kepada kaumnya sahaja, sedang aku diutuskan kepada umat manusia seluruhnya." Dan pada satu riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah ( Baginda s.a.w bersabda ): "…..sedang aku diutuskan kepada sekalian makhluk."
 

Rasulullah s.a.w bersabda: "Seseorang itu tidak menjadi mukmin sehingga ia beriman sekurang-kurangnya empat perkara, iaitu: Mengetahui dan meyakini bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa aku ialah Rasulullah yang mengutuskan aku membawa kebenaran, dan percayakan mati yang memang ditetapkan masa dan caranya bagi tiap-tiap seorang, dan percayakan kebangkitan hidup semula sesudah mati, serta percayakan kadar takdir yang ditentukan oleh Allah."
 

2 . Solat 5 waktu sehari 
     
     Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwudhuk dengan wudhuk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan ruku’nya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar.”

     Seperti yang telah diketahui umum , solat merupakan tiang agama . Jika kita tidak menunaikan solat , maka runtuhlah tiang agama . Solat juga merupakan amalan pertama yang dihisab oleh ALLAH S.W.T di Padang Mahsyar kelak . Kerana apa ? Kerana pentingnya solat ini dalam kehidupan harian kita . Solatlah pemangkin kehidupan kita , penyeri hidup kita dan dengan solatlah kita dapat berhubung , mengadu , merintih kepada ALLAH S.W.T . Berubahlah dengan perbaiki mutu solat kita , dan InsyaALLAH kita boleh menjadi Insan yang baik dari aspek rohaniah ataupun tidak . 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”
 

3 . Banyakkan Amal Jariah 

Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada satu hari yang terbit mataharinya melainkan ada di kiri kanan matahari itu: dua Malaikat yang menyerukan seruan yang didengari oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: "Wahai sekalian manusia! Marilah kamu semua berusaha mengerjakan amal bakti kepada Tuhan kamu, kerana sesungguhnya pendapatan-pendapatan yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia adalah lebih baik daripada pendapatan-pendapatan yang banyak serta melalaikan bekalan akhirat; dan tidak masuk matahari melainkan ada di kiri kanannya dua Malaikat yang menyerukannya seruan yang didengarinya oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: "Ya Tuhan kami! Berikanlah ganti yang berganda-ganda kepada orang yang mencurahkan nikmat-nikmat yang dikurniakan kepadanya pada jalan yang diredhai Allah, dan timpakanlah kerugian yang besar ke atas orang yang menahan nikmat-nikmat Allah itu daripada mengeluarkannya pada jalan yang dituntut oleh Allah."


     Rasanya sudah tidak perlu diperincikan lagi apakah yang dimaksudkan dengan amal jariah dan rasanya semua orang sudah maklum akan amal jariah . Cuma disini saya ingin menekankan , lakukanlah amal jariah semampu mungkin kerana perbuatan ini amat banyak faedahnya . 

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.”

Dari Amru bin Auf RA katanya Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya)."

Daripada Abu Zar RA daripada Nabi SAW telah bersabda, “Dituntut ke atas setiap sendi kamu itu sedekah, setiap tahmid itu sedekah, setiap tahlil itu sedekah,setiap takdir itu sedekah, menyeru kepada kebaikan itu sedekah, melarang daripada kemungkaran itu sedekah dan memadailah bagi setiap amalan yang disebut itu dua rakaat sembahyang Dhuha.”
 

4 . Meluangkan masa menghadiri majlis-majlis ilmu 

      Semasa baginda masih hidup , baginda gemar akan majlis ilmu dan amat menggalakkan para sahabat menghadirinya . Majlis ilmu amat penting bagi mendidik sahsiah diri , mendisiplin dan mengubah gaya hidup kerana dengan menghadiri majlis ilmu kita akan ditarbiyah . Di sini bukan saya ingin berkata bahawa hanya dengan menghadiri majlis ilmu kita akan dapat mentarbiyah diri kita . Tidak . Tetapi majlis ilmu adalah salah satu medium yang terbaik untuk kita . Banyak manfaat ynag boleh kita peroleh daripada majlis-majlis ilmu seperti mendapat ilmu baharu , merapatkan silaturrahim , memeriahkan majlis-majlis agama dan dapat mentarbiyah diri serta mungkin mentarbiyah orang lain . Hebat bukan ? InsyaALLAH , cara yang keempat ini juga adalah cara yang relevan untuk kita terus menuju ke arahNya . 

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi - sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut - sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orang ramai."

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.

5 . Kurangkan melakukan maksiat 

     Kurangkan . Dalam erti kata lain meminimumkan perlakuan maksiat dalam kehidupan seharian kita . Mustahil rasanya jika kita dapat terus mengelakkan diri untuk langsung tidak melakukan maksiat kerana kita hanyalah manusia biasa sahaja . Ya , benar sebagai seorang insan yang lahir dalam era globalisasi yang kian meruncing , kita banyak dipengaruhi dan terpengaruh oleh banyak perkara-perkara maksiat terutamanya yang terdapat di media-media massa . Akan tetapi , itu tidak boleh dijadikan alasan untuk kita terus melakukan maksiat kerana kita punya cara untuk mengatasinya . Bagaimana ? ikutilah dan amalkan "step-step" yang telah ditunjukka  di atas . InsyaALLAH , dengan izinNya , mudah untuk kita meninggalkan perkara maksiat yang memudaratkan dan menjijikkan . Jika masih susah , banykkan berzikir dan istighfar kerana ia adalah tembok penghalang daripada kita melakukan kemaksiatan . 

Baiklah , di sini saya ingin menyimpulkan bahawa jika kita betul-betul ingin berubah , teruskan ! Berusaha sehabis mungkin ! Abaikan hasutan-hasutan dengki yang ingin menghalang ! Teruskan bergerak ! 

Jangan takut untuk berubah , 
Jangan malu untuk berubah , 
Jangan malas untuk berubah , 

Ingat ! ALLAH bersama anda . Jika hati anda terdetik untuk berubah , ini bermakna ALLAH telah berikan hidayah untuk anda ALLAH sangat sayang akan anda . SubhanALLAH ! 

Mari ! Gencarkan usaha sehabis mungkin !
Mari Transformasi Diri !