Wednesday 12 October 2011

Bercinta Seawal Usia Remaja : Keperluan ataupun keseronokan ?

Cinta . Apakah itu cinta ? 

Cinta merupakan Fitrah anugerah Ilahi yang dikurniakan oleh seluruh makhluknya . Seluruh makhluk merasai apakah itu cinta . Cinta sukar untuk digambarkan . Cinta teramat indah . Manis . Bahagia . Dan semestinya cinta yang paling berharga adalah cinta kita kepada sang Pencipta , ALLAH S.W.T . ALLAH juga amat mencintai kita . Sedarkah kita ? 




Saat kita leka dalam kelalaian , ALLAH tidak pernah berpaling daripada kita . ALLAH sentiasa bersama kita , mendengar rintingan serta rayuan kita . CintaNya kepada kita tiada terbalas dan tidak akan boleh dibalas . Indah bukan ? CintaNya tidak pernah sama seperti cintanya kita sesama makhluk . 

Baiklah . Pada ruangan kali ini , saya ingin membuka minda pembaca sekalian tentang "Bercinta" ataupun lebih mudah dikenali sebagai "couple" oleh golongan muda . Saya pasti , hampir kesemua remaja terutamanya di negara ini tahu apakah itu ber"couple" . Mengikut pengamatan saya , aktiviti seolah-olah telah menjadi "trend" dan kemestian . Rentetan daripada ini , ramai remaja sudah terjebak dengan aktiviti ini .  Adakah aktiviti ini suatu keperluan/kemestian ataupun hanya untuk keseronokan semata ? 

Bagi saya , bercinta seawal usia remaja hanyalah untuk "berseronok" dan tiada matlamat yang jelas pada masa akan datang . Aktiviti ini jelas tidak berfaedah dan saya akan menjelaskan mengapa saya berkata demikian . 


1.DILARANG OLEH ALLAH

Seperti kebiasaannya , pasangan yang sedang galak bercinta sudah semestinya akan saling berbalas mesej , ber"dating" atau bermesra-mesraan tanpa tercalit sedikitpun rasa malu . Perkara-perkara yang berbaur cinta dan menjurus kepada kemaksiatan dan zina ini telah dilarang keras oleh ALLAH S.W.T.

Saya ingin bertanya kepada pembaca sekalian , adakah kalian semua suka ditimpa bencana dan masalah ? Akan tetapi kenapa mencari masalah ?

Jika benar cinta kepadanya , tidak usah berhabis masa melakukan perkara-perkara tersebut yang jelas haram dan menjijikkan disisi ALLAH S.W.T .


zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32) 

   Larangan zina yang digunakan di dalam al-Quran ini iaitu ''Janganlah kamu mendekati zina, bukan ''Janganlah melakukan zina'' mempunyai makna yang sangat mendalam iaitu bukan hanya perzinaan sahaja dilarang, tetapi segala-gala yang menjadi pintu ke arah itu adalah dilarang sama sekali seperti memandang aurat wanita, mendengar perkara yang boleh menaikkan nafsu seperti kelunakan suara (rayuan atau pujukan), bergaul bebas antara lelaki dan wanita, berdua-duaan dengan orang yang bukan muhrim dan sebagainya.-Petikan daripada Islam.com-


Saya ingin memetik kata-kata Ustazah Fatima Syarha : Sewaktu kita dalam perjalanan , adakah kita ingin ditimpa kemalangan ? sudah tentu tidak tetapi adakah kita hanya berdiam tanpa melakukan sebarang usaha ? Sama juga pendekatan ini dengan bercinta . Adakah dengan mudah kita menyerahkan cinta kita padahal kita belum bersedia ? Persiapkan dirimu terlebih dahulu daripada setiap sudut , baru cinta yang sebenar akan muncul .

Cinta membawa kepada kebahagian . Tetapi bercinta sebelum bernikah bukan jalan kepada kepada kebahagian tetapi jauh terpelosok ke jurang kebinasaan . Dibenci oleh ALLAH di dunia dan akhirat kelak . Nauzubillah .

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:” Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat mengganggu ahli neraka kerana sangat busuknya. ” 

   Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak minum arak, tidak akan minum arak tersebut semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak mencuri, tidak kan melakukan perbuatan itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak melakukan rompakan yang lazimnya menjadikan orang yang merompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan merompak semasa ia berkeadaan sempurna imannya.”

Jadi , terang dan tidak perlu lagi hendak disuluh , tiada gunanya bercinta sewaktu kita masih setahun jagung . Padahnya banyak , manfaatnya tiada . Sedikit pun tiada . ALLAH Murka . 



2.MENGANGGU PEMBELAJARAN




Remaja yang bercinta atau dikenali sebagai ber"couple" akan banyak menghabiskan masa bersama "pasangan"nya.Remaja akan leka dan sekaligus mereka akan mengabaikan pelajaran mereka.Mereka sanggup tidak tidur malam semata-mata mahu menghubungi "pasangan" mereka daripada belajar.Mereka sanggup menghabiskan duit untuk membelikan hadiah untuk "pasangan" mereka daripada membeli buku-buku latihan.Mereka sanggup melakukan bermacam-macam perkara bersama atau untuk "pasangan" mereka daripada menelaah pelajaran.Sedangkan menuntut ilmu adalah suatu perkara yang wajib dan teramat penting daripada ber"couple".


   Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”

Adakah semata-mata ingin mengikut nafsu yang berleluasa di dalam diri , kita sanggup mengabaikan pelajaran kita ? masa hadapan kita ? 

Benar , ada sesetengah "pasangan" menafikan bahawa dengan ber"couple" pelajaran mereka akan merosot . Akan tetapi , adakah berkatnya pelajaran dan ilmu yang dimilikinya ? Redha kah ALLAH terhadap tindak tanduknya ? 

Berhenti sejenak dan berfikir lah . 
 

3.MEMBUANG MASA



Masa . Seperti yang selalu diberitahu oleh kita sama ada daripada media massa mahupun datang daripada ibu bapa , kawan-kawan serta saudara-mara kita "Masa itu emas" "Masa ibarat pedang tajam yang menghunus menanti mangsanya" "Masa tidak akan kembali" dan sebagainya . Tetapi , apakah kita sedar bahawa salah satu keburukan remaja melakukan aktiviti ber"couple" ini adalah dengan terbuangnya masa mereka .

Bercouple juga akan menyebabkan masa remaja terbuang begitu sahaja.Asyik dan leka bersama "pasangan"nya sampai terlupa akan perkara-perkara yang lebih penting.Lebih teruk lagi ada dikalangan remaja yang bercouple meninggalkan perkara-perkara yang wajib seperti solat semata-mata mahu menghubungi mahupun bersiar-siar bersama "pasangan" mereka.Seeloknya masa yang ada itu digunakan sebaiknya dan untuk perkara-perkara yang berfaedah.

FOR SOMETHING
THAT ALLAH
HATES ?




Sepatutnya , masa yang telah diperuntukkan oleh ALLAH kepada kita digunakan sebaik mungkin . Beribadah . Beriadah . Belajar . Bukannya hanya bermain madah-madah cinta bersama pasangan HARAM , mengungkapkan perbuatan-perbuatan yang terkutuk lagikan hina . Semoga ALLAH menjauhkan kita daripada tergolong dalam golongan-golongan ini .




TEPUK DADA TANYA IMAN !!