Friday 17 June 2011

Sempurnakah kita ?


Memang tidak dapat dinafikan . Ramai daripada kalangan kita mempunyai kehidupan yang mewah . Segalanya indah . Mempunyai paras rupa yang ayu dan kacak , harta bertimbun-timbun . Belum dikira lagi kereta yang tersusun di dalam garaj . Hidup yang mereka lalui seakan-akan sempurna . Kurang cacat celanya . Segalanya ada dan indah sahaja . Mereka senang dan tidak perlu bersusah-payah . 

Akan tetapi , adakah semua itu dianggap sebagai penyempurnaan terhadap diri kita ? Adakah dengan adanya segala kemewahan tersebut , hidup kita akan sempurna ? Adakah apabila kita dikelilingi oleh kesenangan dunia , keindahannya yang sentiasa mengaburi mata membuatkan kita seolah-olah sempurna ? 

Berhenti sejenak dan berfikir . 

Kebiasaannya , mereka-mereka yang dikurniakan nikmat dan kemewahan yang melimpah ruah akan cepat alpa dan mudah sahaja terlupa . Mereka angkuh , menepuk dada sendiri dan mengatakan "aku lah yang terhebat . Aku sempurna" . Sedarkah mereka , daripada mana mereka peroleh segala nikmat tersebut ? Turun daripada langit kah ? Keluar daripada bumi kah ? 

Berhenti buat kali kedua dan berfikir lah . 

Mengapa perlu angkuh ?



Angkuh . Sinonimnya angkuh adalah apabila seseorang manusia merasakan dirinya terlalu hebat , jauh lebih baik daripada orang lain . Mereka mengganggap apa yang dimiliki mereka membuatkan mereka "invincible" dan sangat utuh . Sedangkan apa yang dimiliki oleh mereka hanyalah sementara sahaja . 

Duniawi , tiada yang kekal . 

Mengapa perlu angkuh ? 

Mengapa hanya dengan dikelilingi oleh pelbagai kemewahan kita perlu angkuh ? Segala nikmat tersebut hanyalah pinjaman daripada ALLAH . Bukannya hak mutlak kita . Tidak dibawa mati pun . Sia-sia sahaja bukan ? 

Sifat angkuh bukan lah sifat yang perlu ada dalam diri kita . Buang lah sifat ini sejauh mungkin kerana kelak , padah menimpa . Anda mahu kah ? 

Tidakkah kita sedar ? Jangka hayat hidup kita amatlah pendek . Ia diibaratkan seperti seorang pengembara yang duduk berehat di bawah sebatang pohon . Setelah usai berehat , maka dia akan beredar . Lama kah masa tersebut ? 

Maka , sekali lagi saya bertanya , mengapa perlu angkuh ? 

Adakah pahala kita sudah setinggi langit ?
Adakah amalan kita sudah mencukupi ? 
Adakah kita sudah pasti ditempatkan di dalam syurga ALLAH ? 

Jadi , mengapa perlu angkuh ? 

Muhasabah diri , itu lebih baik



Muhasabah . Muhasabah adalah jalan kembali apabila kita sudah tergelincir daripada landasanNya . Maka bermuhasabah lah . 

Perlu di ingat , segala nikmat yang ALLAH berikan hanya sementara dan tidak kekal . Masakan dengan perkara tersebut kita boleh menjadi angkuh ? Nikmat-nikmat tersebut juga bukannya milik kita , tetapi adalah amanah besar daripada ALLAH untuk kita . Salah guna , macam celaka lah kita . Baik gunanya , beruntung lah kita . 

Maka ? mana yang hendak dipilih ? 

Teruskan keangkuhan mu dan masuk lah kedalam NerakaNya ataupun
Mulakan muhasabah diri dan menuju SyurgaNya ? 

Anda pilih . Tiada paksaan diberikan . Terpulang . 

"What's you give you get back"



Assalamualaikum dan selamat beramal ^^

No comments:

Post a Comment