Saturday 12 March 2011

KASIH IBU DAN AYAH

  Saat kita dilahirkan di dunia,mereka lah insan yang paling gembira di alam semesta.IBU &AYAH.Ibu mengasuh kita pagi dan malam.Tidak pernah merungut walaupun sekali tetapi mengucapkan alhamdullilah kerana dikurniakan harta yang paling bernilai.Ibu tidak membenarkan kita disakiti walaupun digigit oleh seekor nyamuk,tidak tahan dan merasa bimbang jika kita menangis.Ayah menghempas pulas bekerja pagi dan malam demi menyara kehidupan kita,tidak dirisaukan sakit yang datang demi masa depan kita.Ayah tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada pengorbanan dan penat lelahnya.Mereka menyekolahkan kita supaya kita boleh menjadi seorang insan yang berguna kelak.SUBHANALLAH,betapa besarnya jasa ibu dan ayah kita untuk membesarkan kita.

  Tetapi,lihatlah dan buka lah mata anda semua apa yang telah terjadi kepada anak-anak muda pada zaman sekarang.MENAGIH,MEROKOK,MEROMPAK,MENGHISAP DADAH,MENGHIDU GAM,MEROGOL,MERAGUT & BERZINA.Mereka semua telah mensia-siakan segala kesusahan yang ditanggung oleh ibu bapa mereka dengan perkara-perkara yang telah jelas tidak berfaedah,tidak sihat,melanggar undang-undang dan amat memalukan.Tidak terdetik langsung dihati mereka kasihan kepada ibu dan ayah mereka yang bersusah payah mendidik dan membesarkan mereka.NAUZUBILLAH.



  Bagi mereka yang berjaya dalam hidup,mendapat kerjaya yang bagus-bagus,langsung tidak diucapkan terima kasih kepada kedua ibu dan ayahnya.Mereka percaya bahawa segala kecemerlangan yang mereka dapat adalah atas hasil usaha sendiri,jadi mereka mengangap tidak ada gunanya mereka memberikan apa-apa kepada ibu dan ayahnya.

Semoga semua sahabat dan pembaca blog saya ini,tidak tergolong dalam kalangan mereka.INSYA ALLAH
                                                           Tepuk dada tanya IMAN!

No comments:

Post a Comment